Sunday, April 29, 2018

DAY 1: Trip Solo ke Hatyai, Thailand

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hi semua. Jom Cik Timm nak share trip percutian di Krabi, Thailand selama 5 hari 4 malam. 


Krabi Trip
7 Mac - 11 Mac 2018
Anggota: Kak Sue (geng travel pulau pangkor & pulau perhentian), Kak Azma (geng travel pulau pangkor) dan Kak Sarah (kawan baru!)


Ramai yang macam blur dan tertanya-tanya macamana tiba-tiba boleh sampai Thailand. Ada juga yang macam terasa hati dengan keputusan Cik Timm yang bercuti sini tanpa inform kawan-kawan. Pertama kali Cik Timm nak minta maaf kepada semua kawan-kawan. I am so sorry. Bukannya apa, Cik Timm sebenarnya ke sana bersendirian. Cik Timm berjumpa dengan geng-geng lain di Hatyai. Yes, Cik Timm solo dari Penang-Hatyai. Berserah kepada Allah je semoga selamat sampai. Alhamdulillah masih selamat lagi kembali ke Malaysia.


Sudah-sudahlah bermadah, mai kita start trip dari 7 Mac 2018 (Rabu). Sebelum tu nak inform dulu akan ada a lot of pictures dalam ni, memang nak letak banyak-banyak untuk tatapan di masa hadapan. 
Hihihi..


Trip Solo ke Penang-Hatyai


Tahu tak dekat sebulan juga mencari tiket bas dari Penang-Hatyai. Rupanya sekarang ni bas ekspress dah tak boleh masuk Thailand. Jadi, semua kenderaan hanyalah sebuah minivan biasa. Anda ada 2 pilihan, sama ada kereta api atau van. 
Cik Timm beli tiket dengan syarikat Ekspress Haider, Kaunter 13 di Stesyen Bas Butterworth. 


6.05am: Bertolak dari Stesyen Bas Butterworth. Actually pukul 6am, tapi Cik Timm yang lambat. Nasib baik tak kena tinggal. Dalam van tu Cik Timm sorang je Melayu. Lain semua Chinese, tua-tua pulak tu. Pi bercuti agaknya beramai-ramai. Be positive hokeh. 
6.55am: Dah sampai Gurun. Cik Timm masih 'ABC' so tak payah solat Subuh. Berhenti sekejap 
sempat beli roti dengan 100plus.

8.00am: Sampai di Changlun Mini Tour untuk mengisi borang putih. Borang putih ni borang TM6 Arrival & Departure Card. Nak tengok contoh boleh ke entry 5 Tips Persediaan Sebelum Bercuti di Krabi. Dekat sini borang tu dah disiap taip tapi kena bayar upah. Sambil menunggu urusan selesai, Cik Timm beli terus Sim Card Thailand iaitu dari DTAC. Ada dua jenis sim card yang dijual, telco yang untuk call dan internet. Ataupun internet sahaja. Sim card ni sangat-sangat diperlukan sebab nak berhubung kawan-kawan yang dah sampai di Hatyai. 


8.30am: Urusan borang putih dah settle, jadi jom ke Thailand!
Urusan imigresen dari Malaysia ke Thailand, berdebar nak check passport!
8.40am: Van dah sampai di kawasan Imigresen. Ada dua tempat kita kena lalu, di sempadan Malaysia dan sempadan Thailand. Berdebar tau bila sampai imigresen sebab dulu kan blacklist passport. Bila dah lepas tu, fuh! Im FREE! Kah-kah-kah! Di tempat imigresen Malaysia, kita turun dari van dan lalu di kaunter dia dekat luar. Berlainan apabila sampai di Imigresen Thailand. Ada banyak kaunter dekat situ. Pastikan anda cop di barisan Foreigner, bukan di barisan untuk orang Local/Thailand. Cik Timm dah tersilap baris tau, malu sekejap! 


9.00am: Bye Malaysia, Hi Thailand! Dekat sini masa lambat sejam. Kiranya, jam menunjukkan pukul 9 pagi, tapi masa Thailand adalah 8 pagi. Nasib baik dah beli simcard awal, terus Cik Timm tukar simcard baru. Memang senang, cuma insert dan terus boleh guna. Semuanya dah di'register' tadi. Rasa bangga pulak boleh sampai dekat sini sorang-sorang. 


Excited, tengok signboard pun sengih sorang-sorang!
Cewi tengok signboard semua dah ada tulisan pusing-pusing. Geng travel semua dah sampai pun. Cik Timm diturunkan di tengah pekan Hatyai tu. Dengan ada google maps Cik Timm berjalan kaki sikit untuk bersarapan di Salma Restaurant. Lega bila dah jumpa depa ni. Alhamdulillah! 


Bersarapan & meet geng travel di Restoran Salma 

Boleh tahan nasi lemak dia, sedap juga!
Ramai yang memburu kopi Arabus kalau bercuti di Hatyai, memang sedap, patut ramai suka borong.

Pagi ni bersarapan dengan nasi lemak dan teh o epal panas. Perut lapar, semuanya disental dengan penuh nikmat. Sembang-sembang sekejap, kami nak mencari van untuk ke Krabi. Singgah terus 7Eleven dia, tengok apa yang ada. Tapi kan, yang tak bestnya pakcik-pakcik van tuktuk dok follow rapat je dari restoran tu. Dok offer je naik tuktuk dia. Penat tolak, tapi waktu aku jalan sorang-sorang tak ada pulak diorang ni berani ikut. Nampak je kami berempat terus mengekor je sampai kami semua naik je tuttut (25THB 1 pax) dia.



Sesi bergaduh tawar-menawar dengan agensi tu.
Dia bawak kami ke Lipe Tour. Depa ni macam travel agentlah untuk bawak van ni. Dia punya paksa kau ambil pakej dia. Mula-mula dia nak kasi dalam 800THB seorang perjalanan dari Hatyai-Krabi. Kami taknak sebab mahal, offer punya offer dia ambil 1100THB seorang untuk Hatyai-Krabi, Krabi-Hatyai. Kira tiket pergi dan balik. Lepas tu, kami tunggu punya lama, pukul 12.40pm baru kami bertolak ke Krabi. Pesan Cik Timm, korang carilah travel agen lain tau. Sebab rasanya boleh dapat murah lagi. Cuma kena bertegas say NO kalau korang rasa harga ditawarkan tak masuk akal. 


Penat menunggu, panas membahang pulak tu.
Wajib beli tau! Ada jenama Teapot flavour original dengan coklat. Satu lagi jenama Carnation.

Lepas ni kalau ke Hatyai nek beli shampoo Chupa Chups ni!

Baby punya body wash pun ada!

Dekat Thailand memang semua jenama sabun dia flavour buah-buahan, rugi pulak tak borong hari tu.

Semua aiskrim dia RARE! Tapi ada yang tak ada cop Halal. Jadi boleh tengok je.

Ni pun sedap, dah la 10THB je, dalam ada jelly-jelly macam Twister tu.
Tapi sebelum ke Krabi tu, disebabkan lama menunggu Cik Timm dengan Kak Sue berjalan-jalan area The Train Hotel (Haadyai Station). Jumpa supermarket nama Tops Supermarket, kami terjah tengok apa yang ada. Menarik gila tengok ada barang yang tak ada di Malaysia macam Chupa Chups yang terkenal dengan lalipop kat Malaysia. Tapi dekat sana ada sabun dan shampoo! Lepas tu, susu jenama Teapot dalam botol pencuci muka. Terus Cik Timm sambaq beli serba satu. Lepas tu barang-barang makanan yang ada perisa 'babi' memang banyak. Pandai-pandai tengok, jangan dok gedik euw sana, euw sini. Benda tu masih benda makanan, kena hormat tau. 


Mister Donut!
Dah puas pusing dan beli barang sikit, kami singgah pulak dekat kedai Mister Donut ala-ala Big Apple. Memang comel donut dia, nampak pun geram dan menyelerakan. Halal pun halal. Berehat kami menunggu dekat tempat agen tu sampai van sampai. 
12.40pm: Van dia agak sedih dan memang panas. Nasib baik Cik Timm duduk depan, dekat sikit dengan air-cond. 
Keadaan highway di Thailand
Tandas memang bersih, tapi sinki dia konsep terbuka, aduhai..
3.00pm: Kami berhenti rehat di Trang Phatthalung. Macam R&R tu, berehat dalam 15 minit. Dekat situ ada tandas, surau dan gerai makan kecik-kecik. Beli kudap-kudap buah dengan air mineral. Kalau bercuti rajin-rajin minum air masak sebab dah mula rasa membahang. Dengan keadaan van yang macam tu pulak. 


Tempat ni dekat dengan stesyen bas pekan Krabi.
5.30pm: Kami diturunkan dekat Tour Agen dekat pekan Krabi. Kena tukar van pulak, dah satu hal kena menunggu. Waktu ni kami memang putus asa dah sebab badan penat. Agen sana dah janji nak hantar kami sampai ke hotel. Driver van yang sorang lagi sampai, dia cakap kena bayar dulu. Sedangkan semua payment dah buat dengan agen dekat Hat yai. Lepas dia call agen sana, dah confirm baru kami boleh naik van tu ke hotel. Adus, stressnya, dah la van ni berhenti mana tah ambil barang dekat area pekan tu. 


Akhirnya sampai di Krabi!


7.00pm: Baru kami sampai Hotel Goodwill. Allahu, leganya dah sampai. Hilang segala penat bila nampak nama hotel ni depan mata. Sambil tu kami tengok sekali pakej-pakej yang boleh diambil untuk aktiviti esok. Settle untuk beli pakej esok iaitu Pakej Phi Phi Island (1050THB 1pax). Naik ke bilik, bilik kami sebelah menyebelah. Satu bilik dua orang, punyalah besar bilik tu! Memang antara hotel yang paling BEST! Nanti Cik Timm cerita detail dalam entry yang lain. Tapi memang best sebab sangat selesa. Ada bath tub, katil besar, ada safety box, ada fridge comel, balkoni pun ada. 


Green tea memang sinonim dekat sini.

Pancake merata-rata ada jual dekat sini.


Sedap pulak cucuk-cucuk ni!

9.00pm: Kami dah turun untuk mengisi perut dan pusing-pusing area sini. Kami ke Aonang Muslim Street depan dengan Masjid Aonang. Sini ada macam-macam makanan dijual macam pancake, green tea, cucuk-cucuk macam BBQ tu, dan macam-macam lagi makanan halal dekat sini ada. Lagi satu hotel kami memang bersebelahan dengan masjid jadi banyak makanan halal yang ada di sini. Dinner pertama kami di sini adalah di Restoran Arnijj (230THB 1pax). Harga boleh tahan, nasiblah kongsi 4 orang. 


Sambil-sambil mengambil angin tu, lintas jalan seberang Aonang Muslim Street ni ada jual cenderahati. Tak rugi kalau nak membeli, pandai tawar-menawar dapat harga murah. Cik Timm dapat tshirt I ❤ Krabi dengan harga 130THB jer. Seronok tawar-menawar dengan penjual sini sebab semuanya fasih berbahasa melayu. Buat masa ni kami banyak berjumpa dengan orang yang fasih berbahasa melayu. Tak rasa macam duduk luar negara pun! 

Masjid Aonang, Aonang Muslim Street depan tu jer.

Keychain semua beli dekat sini, tapi malam ni tengok-tengok dulu nak survey.

Fridge magnet semua cantik!

Tututututuuuttt
Puas pusing area sini, kami jalan-jalan area Pantai Aonang pulak. Memang sepanjang jalan ni banyak gila restoran, bar, 7Eleven, Family Mart, mesin ATM, money changer, hotel-hotel dan travel agen. Sambil tu kami cari pakej aktiviti untuk hari kedua. Pakej untuk ke kolam air panas, Emerald Pool, naik gajah, & tiger temple (850THB 1pax). Ramai juga pengunjung di Krabi ni, tapi ke mana pun kita, senang untuk detect pelancong dari Malaysia. Tengok gaya pun dah tau, mesti dari Malaysia. Hihihi..
Yang ni jalan-jalan di kedai cenderahati lagi.

Lagi banyak pilihan, famous dengan gajah, semua barang ada gambar gajah.

Those earrings! Nasib baik bertudung, kalau tak rembat sepasang dua.

Memang sangat cantik, nasib baik Cik Timm jenis tak berminat aksesori ni.

"Angin bayu membawa diriku~~~~"
Hakak-hakak ni pantang nampak pantai, dok nyanyi lagi tu dari Pulau Pangkor hari tu,

Menikmati pancake, ala-ala roti canai, tapi lagi nipis dan crunchy. Lepas tu ada topping depend korang beli pancake flavour apa.
Sambil ambil angin di pantai, sambil tengok gelagat pelancong dekat sini. Jarak berjalan kaki dari Hotel Goodwill ke Pantai Aonang bukannya jauh pun, dalam 10 minit je. Sebelum balik, kami singgah dulu Family Mart dan 7Eleven tengok apa yang ada. Tertarik betul dengan aiskrim dia yang menarik dan tak ada kat Malaysia. Memang wajib beli sebab rare!
Ice Lemon Tea ice-cream dari Walls. Wajib cuba!
Balik hotel, rasa macam 24hour nak mandi sebab bilik air dia best! Boleh camtu? Hihi..
Bersambung di Hari Kedua..

5 comments:

  1. wahhh syoknya krabi...makanan mesti sedap kat sana..

    ReplyDelete
  2. wah
    nampak menarik
    saya last pergi haytai masa sekolah rendah
    sekarang mesti jauh berbeza

    ReplyDelete
  3. Kalau pi Siam, suka p 7E dia, macam2 benda ada

    ReplyDelete
  4. Adoi penat lah panjang sangat.. x boleh wat ringkasan keeeeee....

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com