Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!
Jom berfacial sendiri dengan Activa Miracle White Black Peel-off Mask. Kekadang kita ni sentiasa busy dengan kerja, secara tak langsung muka akan terabai sebab malas nak kelebek muka. Balik rumah terus rasa nak tidur je.
Lepas tu, muka mula protes dengan naik bintik-bintik, aduhai. Disebabkan hari ini cuti, sebelum balik singgah Watsons dulu cari facial mask dengan peel off mask yang warna hitam.
Jumpa satu produk yang best untuk dicuba, iaitu ACTIVA!
Memang best, rasa segar dan tegang ja muka. Cuma memang tak dapat bercakaplah semasa memakai mask ni. Segala mak nenek atas muka ni licin kena tarik dengan mask ni. Syiok pakai warna hitam ni sebab senang kita nak detect benda yang keluar dari muka.
The best things about this product are:
1. Membuang toksin.
2. Membuang liang-liang roma yang tersumbat.
3. Mencerahkan kulit muka.
4. Memberi nutrisi kepada kulit.
5. Paling penting! Meremajakan kulit!
Bagaimana untuk mendapatkannya?
Di Watson ada, Guardian pun ada, senang cerita semua tempat macam tu semua ada di mall kan. Dengan RM15.90 dapat dua sekali, mask charcoal yang warna hitam tu + white mask. Nanti aku review yang white mask tu pulak ye..
Stay tuned
Da..