Friday, August 03, 2018

Design Village Mall dah ada Food Bazaar tau

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hai semua, minggu lepas selepas balik dari urusan interview di Pearl City Mall terus ke Design Village pulak. Saja nak makan KFC dekat sana kononnya. Tengok-tengok Design Village dah ada food court dah. Senang nak makan, sebelum ni cuma ada beberapa kedai je. Tak banyak pilihan. 



Food court sini nama Food Bazaar. Tempat makan dia di tingkat 2 bangunan belakang sekali. Memang besar tempat makan dia. Bahagian belakang ada tempat diluar untuk golongan perokok. Pemandangan dekat luar pun cantik je nampak kondominium/flat yang baru siap tepi tu. Macam-macam makanan ada, bolehlah sebab baru bukak kan.



Cik Timm recommend makan di Ayam Penyet dia. Sedap, portion pun banyak betul. Harga RM10.60 je, memang berbaloi sebab ayam besar, sambal sedap, siap ada tempe lagi. Cik Timm ambil nasi goreng dia, RM7+ tak silap. Banyak sungguh nasik dia, jenuh nak habiskan. Rata-rata tengok customer sini makan nasi ayam penyet sini. Agaknya sebab tak banyak choice lain. Kedai lain yang ada seingat Cik Timm macam chicken chop, burger, yong tau foo, etc.*dah lupa dah, hihi



Habis makan, pusing-pusing sini sebelah food bazaar ni ada lagi tempat makan juga. Tapi belum buka lagi, tempat situ style terbuka. Tak taulah kedai makan apa nak buka situ. Kita tunggu dan lihat je. Cik Timm suka betul dengan suasana dekat sini, landscape dia dengan pokok memang cantik. Kalaulah rumah sendiri boleh buat lawa cenggini.


Playground pun ada disediakan untuk parents yang bawak anak-anak ke sini. Tapi Cik Timm tak sure bangunan ni ada lif atau tak. Sebab susah untuk pelanggan yang naik kerusi roda or warga tua. Susah sikit nak naik tangga kan. Kalau tangga untuk naik food bazaar ni memang ada 3. Boleh pilih nak naik ikut tangga mana ye. Tingkat bawah ni pun ada restoran makanan juga. 


So, lepas ni kalau bershopping di Design Village Mall, Batu Kawan dah banyak option kedai or restoran untuk makan. Tak macam dulu-dulu waktu baru bukak, memang kosong sikit tak banyak tempat makan. 

Happy Shopping uolsss!

7 comments:

  1. cantiknya village mall ni, bertemakan konsep dekat dengan nature

    ReplyDelete
  2. hari tu g penang cuma lalu je sggh pn mgkn next time kot

    ReplyDelete
  3. cantiknya tempat ni! murahnya ayam penyet rm10 selalu berbelas belas

    ReplyDelete
  4. nice place..rabia nak ajak my parents pergi sini lah pulak..makanan nya pun nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
  5. Cantik surrounding-nya 😊

    ReplyDelete
  6. Wah nanti boleh la jalan-jalan kat sana...

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com