Sunday, August 05, 2018

Sedapnya Sushi King!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

sushi, sushi king, sushi king malaysia


Hai semua!
Lama mengidam sushi, tempat yang Cik Timm pasti tak ragu-ragu nak makan sushi adalah Sushi King. Kebetulan ada urusan di Juru Auto-City, settle semua urusan singgah je di sana untuk dinner. 

sushi king, sushi king malaysia


Lama juga tak singgah sampai nak order pun dah reti. Dulu ada butang untuk tekan kalau nak panggil waiter untuk order. Sekarang ni cuma guna Ipad yang dah disediakan di setiap meja. Cik Timm tak sure kaedah ni dekat sesetengah outlet or semua macam tu? Senangnya nak order, tekan-tekan je dalam tu. Kalau sushi je kena order direct dari waiter. Minuman atau menu lain macam set semua order dari Ipad jer. 



Disebabkan sebelum keluar dah makan nasi, kami makan sini suka-suka je sambil menyembang. Makan sushi beberapa ketul je. Tapi, 1st time try makan yang kacang tu ataupun edamame/green beans. Lepas tu dua-dua blur tak tau makan macamana. In the end, kami makan kacang yang dalam tu je. Nasib baik cara yang betul rupanya, haha! Walaupun betul, sebelum tu kami memasing dah makan kulit luar tu sekali. Sedap tau kacang tu sebenarnya, selepas ni kalau ke Sushi King memang nak ambil je kacang ni. Lemak manis je!

sushi king, sushi king halal


Minuman Cik Timm ambil ice green tea je, murah dan banyak pulak tu airnya, dalam botol besar. Tau pun sebab tengok ada sorang akak blogger ni minum yang sama. Walaupun pahit tapi favourite Cik Timm memang teh berbanding kopi. Untuk  Abang Cik, Cik Timm orderkan Mango Matcha Float. 

Sembang punya sembang, berpinggan jugaklah sushi atas meja tu tapi tak sampai RM40 pun bilnya. Ha, kalau anda nak buat sushi sendiri, boleh ke entry ini tau. Cik Timm pernah buat sendiri dulu. Jimat dan makanlah sepuas hati!

Happy Weekend semua! 

8 comments:

  1. waalaikumussalam hai. untungnya duduk dekat bandar, saya duduk kampung tak pernah makan sushi. teringin jugak

    ReplyDelete
  2. wahhh....layan sushi...akak tak boleh masuklah sushi ni...tengok anak-anak makan macam best jer...

    ReplyDelete
  3. Lamanya akak tak makan sushi. Baca entri ni terus jadi mengidam huhuhu

    ReplyDelete
  4. Tak pernah masuk lagi Sushi King ni. Hehehe...

    ReplyDelete
  5. kak sha xpernah masukk..malu,,,xreti pilih..kena pergi makan dgn timm nihh

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com