Friday, August 10, 2018

DAY 3: Pakej Emerald Pool & 1st Time Tunggang Gajah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Terlalu lama sangat cerita percutian ke Krabi tak keluar. Malas sepasal, lepas tu macam dah mula lupa. Allahu, lagi lama lagi lupa, Cik Timm akan cuba habiskan minggu ni juga InSyaAllah. 

Krabi Trip

Hari ke-3, 9 Mac 2018, Jumaat

krabi, ao nang beach, holiday krabi, restaurant krabi
Gambar ni ambil waktu kami balik dari jalan-jalan sebab Kak Azma tertinggal sweaternya. Depa simpan lagi tau.

Sarapan yang berbaloi sangat!



8am: Hari ni kami breakfast di kedai makan depan hotel, Original Thai Food. Kami makan bubur ala-ala McDonald, tapi lagi sedap! Bubur kosong yang dilimpahi dengan rencah lain macam isi ayam, daun bawang, etc & telur separuh masak sebiji. Gila tak kenyang, memang healthy breakfast gila. Lepas tu ada cucur kembung aka cakoi yang dicicah dengan krim masam (kot..). Berani makan pun sebab makcik yang buat bubur ni orang islam. Serius anda semua wajib TRY! Kami berempat makan 4 mangkuk bubur & kuih cakoi tu dalam 210THB.

Pakej Emerald Pool

Aktiviti kami hari ni dari pakej yang kami beli semalam dengan harga 850THB seorang. Macam biasa ada banyak booth yang menjual pakej, rajin-rajinkan diri anda untuk tawar menawar untuk mendapatkan harga yang murah. Dalam pakej ni ada 4 aktiviti, Hot Spring, Emerald Pool, Elephant Trekking & Tiger Temple. Pada pendapat Cik Timm, Emerald Pool je yang best. Yang lain semua emm, so-so jer. Lagi satu, better tak payah ambil yang ada gajah-gajah ni sebab kesian sebenarnya. Tempat kami pi tu tak ada pulak tengok depa dera gajah tu, but maybe tempat lain ada yang buat macam tu. Kesimpulannya, tak payah ambil pakej yang ada gajah okey.

Berendam Kaki di Air Panas di Hot Spring Waterfall



Ada van yang ambil kami depan hotel, kami cuma tunggu je selepas breakfast tu. Van memang selesa gila, better dari van yang kami naik dari Hatyai-Krabi. Dalam van tu ada juga orang lain, orang putih & orang Korea. Pukul 10am macam tu kami sampai di sana. Banyak van yang parking, maksudnya ramai juga pelancong lain. Dari pintu gerbang depan kena jalan masuk sikit untuk ke air terjunnya. Dekat sini ada banyak kolam-kolam lain macam ala-ala Ulu Legong, Baling tu. Tapi ramai yang ke air terjun semulajadi di hujung sinun.



Punya ramai manusia dekat sana! Penuh kolam tu dengan orang, memang air panas. Rasa tenang dan sedap je berendam. Kami pun rendam kaki je, tak rajin pulak nak mandi manda. Nanti nak naik van ke destinasi lain pula. Paling penting bergambar jangan kalah hokehh! Abang-abang yang ke sini sila tutup mata memasing sebab seksi meksi pelancong dekat sini. Semua berbikini jer. Sebelum naik van ke destinasi seterusnya, buang air dulu dekat toilet sini sebab jauh sikit aktiviti kedua.

Mandi Manda di Emerald Pool

Sedap betul, masih terasa ayam gajus dia, yumss..

Kedai tepi jalan pun banyak dekat area sini.



11am: Di sini kami lunch dulu di Ruen Marakot Restaurant, tak payah bayar sebab dah termasuk dalam pakej. Jangan risau memang halal, pekerja restoran ni memang baik gila & ramah. Dah la makanan sedap, boleh tambah pulak tu. Kami punya makan bertambah-tambah. Tak malu da aih, nasi dekat Thailand ni macam berhantu tau, memang sedap! Menu kami ada tomyam, ayam gajus, sayur campur & buah tembikai. Kami makan punya kalut sebab nak masuk tempat ni awal, but kami kena tunggu dulu geng sepakej siap makan baru boleh masuk sekali. Buat penat makan kalut-kalut tau. 


Nampak tu ular!


Dekat sini ada dua jalan untuk sampai ke Emerald Pool, by trekking dekat jalan berbatu atau trekking hutan. Kami ke sana dengan laluan hutan, seronok sebab kita lalu dekat tepi air dia yang jernih sangat-sangat! Tapi kan, kami jumpa ular tau duduk berlingkar dekat pokok. Panjang dan boleh tahan besar! Emerald Pool ni terkenal dengan kolam air mineral semulajadi yang airnya terus dari gua batu kapur. Selain itu, tengoklah air dia, seindah nama tau..

Sesuai dengan nama, macam glass jer air dia.


Lalu dekat laluan ni redup je, sambil ditemani bunyi air di kolam. Jalan punya jalan kami sampai di Sra Kaew a.k.a Glass Pool. Memang jernih gila air dia sampai nampak ikan terkodek-kodek bawah tu. Jalan lagi sampai jumpa pelancong ramai-ramai bertenggek tepi kolam biru, Emerald Pool! Hati-hati sebab batu dia semua licin, keceburrrrrr masuk dalam kolam dia kalau silap langkah. Air dia sangat jernih sampai nampak ke dasar kolam. Serius lama gila kami berendam dekat sini, lagipun masa tak lama pun diperuntukkan di sini. Itulah yang tak best kalau ikut pakej sebab ikut masa yang dah ditetapkan. 

Air dia mengalir dari lantai yang warna kuning tu, licin sesangat.

Dekat belakang tu punca air dia yang mengalir masuk ke kolam ni, kolam semulajadi.


Mandi punya mandi sampai kami tak sempat nak ke Blue Pool. Cuma kena jalan sikit je dari Emerald Pool. Kalut jugak nak keluar dari sini, balik kami lalu di laluan berbatu. Bosan sikit pemandangan dia, tak macam laluan mula-mula tadi. 

Jernih sangat air dia sampai nampak dasar kolam tu.


Map, kami jenjalan sampai Emerald Pool jer.


Terlelap sekejap di Tiger Temple

Banyak patung dekat sini.


2:30pm: Kami ke aktiviti seterusnya di Tiger Temple. Dekat sini terkenal dengan tapak tangan harimau di gua, patung Buddha yang besar dan tangga yang tinggi gila untuk ke puncak. Serius bosan gila, tapi nak masuk sini kena pakai baju yang sesuai, tak boleh seksi-seksi. Macam masuk masjid negara tu, sama je undang-undangnya. Dekat sini Cik Timm je jalan-jalan pusing tengok apa yang ada. Ada banyak monyet dekat sini, takut jugak. Boleh juga beli makanan untuk bagi dekat monyet ni. Lepas tu kalau rajin boleh naik tangga naik ke atas, tapi sangat-sangat tinggi. Cik Timm naik separuh je pastu turun balik. Pi kedai runcit beli aiskrim cendol sebab panas. Hahaha! 

Monyet banyak!

Tangga Cik Timm naik separuh je pastu turun balik cari aiskrim.


Nak ambil gambar dekat sini pun macam tak proper sangat sebab banyak patung je. Nama pun temple kan, betul tak? Walaupun bosan, dekat sini paling lama sampai kami boring tak tau nak buat apa. In the end, tido sekejap sambil menunggu aktiviti last.

Pertama kali Menunggang Gajah

Anak gajah.

Kami pusing-pusing sini jer..


4.00pm: Aktiviti terakhir untuk pakej ini adalah Elephant Trekking. Mula-mula kami tengok persembahan dari baby elephant. Taklah baby sangat, besar jugak. Comelnya, pandai betul dia. Kawan siap beli buah untuk gajah tu sebab kesian. Pandai pulak gajah ni tunjuk-tunjuk tabung untuk diorang. Ada video show dia, nanti Cik Timm upload dalam Youtube. 


Gayat tu sebab gajah ni tinggi.


Lepas tu, kami naik gajah besar pulak. Sekor gajah naik 2 orang, gayat jugak oih. Tinggi betul, Cik Timm naik gajah betina, kawan dua orang lagi naik yang jantan. So yang jantan akan lead gajah lain. Tapi kami pusing-pusing area tu jer. Macam tak ke mana jer, pakej lain ada yang sampai masuk sungai semua. Yang ni memang tak ada apa langsung.. Bolehlah dari tak ada, lepas tu adalah orang ambil gambar kita atas gajah tu. Cik Timm beli jer, 150THB. Tapi puas hati sebab gambar dia sebesar kertas A4! 

Romantik kan suasana dia.


5.00pm: Aktiviti settle dan kami dah sampai di hotel. Mandi-mandi segarkan badan dulu. Disebabkan motor skuter sewa masih ada lagi tempoh sampai pukul 8pm, kami nak ronda-ronda dulu. Kami menikmati sunset di pantai Ao Nang dan statue ikan todak yang famous kalau bercuti di sini. 

Berurut benda Wajib kalau di sini


Banyak kedai yang sediakan khidmat urut ni, pilih je mana yang berkenan.


Settle kasi motor skuter dekat penyewa, kami berurut pulak dekat SP Hammer Massage (200THB). Cik Timm amik yang paling simple je sebab tak suka orang nak pegang badan ni. Hahaha! Simple pun nak terbang juga Cik Timm dibuatnya. Aduhai, lega jugak badan tu. 

Emm, sambil buat entry ni sambil makan aiskrim jugak, haha!


Next, cari makanan untuk isi perut. Mula dengan dessert dulu tau. Fried ice cream rolls, ala dulu famous & viral dekat sini. Sekarang dah kurenggg kan. 80THB untuk saiz kecil. Walaupun kecil, banyak kot portion dia. Fuh, kenyang kot! Nasib baik tak tamak ambil saiz besar. 

Shopping souvenir di depan Masjid Aonang


Marbeles tomyam!


Dinner Cik Timm makan di Barakat Halal Food, gerai kecik je. Pastinya jauh dari pantai sebab murah sikit. Bihun tomyam dengan harga 60THB jer. Malam ni baru kami shopping cenderahati. Cik Timm beli keychain bebanyak untuk agih dekat kawan-kawan (250THB). Lagi satu Cik Timm ada tukar duit dekat sini. Tidak digalakkan tau sebab mahal lah tukar duit kat Krabi ni, better di Hatyai ye. Cik Timm tukar RM150 dapat 1155THB jer. 

Keychain & fridge magnet yang dah berjaya disauk.

Pukul 12pm dah Zzzz..

Bersambung for the next entry!

Cerita Krabi yang lain;

5 Tips Sebelum ke Krabi

DAY 1: Trip Solo ke Hatyai, Thailand

DAY 2: Island Hopping dengan Pakej Phi Phi Island

6 comments:

  1. Wah bestnya pi Krabi, zumal tak sampai2 lagi...

    ReplyDelete
  2. done follow #453. ayam gajus tu menarik pehatian tu hehe

    ReplyDelete
  3. bestnya...bila la nak sampai sana ni...haha

    ReplyDelete
  4. hijaunya air... best nya bermandi mandaaaaa

    ReplyDelete
  5. Syoknya Krabi! Tak sampai sini lagi. Hope one day boleh jalan jalan sini

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com