29 Oktober 2014
Seminggu sebelum masa berlepas, aku dah beli tiket takut kalau-kalau tiket tak ada disebabkan perayaan Deepavali. Malam sebelumnya aku baru packing barang, travel kali ini memang aku kurang merasa excited dan seronoknya. Aku pun tak tahu kenapa..
Nyaris aku terlepas train, sesampainya aku sampai di stesyen KTM Bukit Mertajam, train juga sampai. Berlari-lari macam Watson Nyambek aku dibuatnya. Berpeluh-peluh apabila masuk dalam Koc. Alhamdulillah sempat..
Kenapa aku suka naik train berbanding bas?
Kerana..
.
.
.
.
Aku suka menghayati panorama disekeliling landasan kereta api. Bagi aku, travel dengan train adalah satu percutian yang sangat romantik!
Tiba-tiba nampak dua orang staff kereta api yang memakai baju merah menjual makanan menggunakan troli macam Airasia. Ehh.., rupanya cafe rosak. Mereka menjual makanan dengan troli pula untuk menyenangkan pelanggan. Dapatlah staff depa ni berangan ala-ala stewardess. Hehe.
Tengahari aku dah sampai ke stesyen KTM Tanjung Malim. Menunggu kakak sulung untuk ambil aku, hujan pula rintik-rintik bertambah mengantuk mata dibuatnya. Mengharap dapatlah tidur petang sekejap, kesian pula dengan anak saudara seorang tu, mengajak untuk bermain Sahibba. Dah terang benderang mata melayan budak kecik tu, si Lulu ni pun manja bukan main. Letih melayan, sampai malam pun tidur diketiak.
Malamnya tidur-tidur ayam, asyik terbangun setiap 1 jam sebab risau tak bangun. Esok paginya flight Kuala Lumpur-Kuching. Jarang aku naik dari Kuala Lumpur, tapi disebabkan tiket yang murah, aku sanggup meredah ke KLIA. Alhamdulillah keluarga kakak sulung tinggal di Lembah Beringin. Tempat yang strategik yang menjadi penghubung dari utara ke Kuala Lumpur.
Memang best naik train ni sebab view dia.
ReplyDeleteDoakan saya berjaya travel as a backpacker ujung tahun ni cik timm!
hehehehe!
saya pun suka naik train masa dok ukm dulu. tapi yang tempat tidoq punya la. kalau tempat duduk mau sakit satu badan. lama jugak kot baru nak smapai alor staq. haha
ReplyDeletesis pengalaman naik trai cuma dr kl ke shah alam je . klu buat perjalanan jauh , dah tentu byk pemandangan indah ... tak pe , blh tido dlm ketapi .
ReplyDeletelm x sggh cni..menghilang pegi bcuti ye? xpnh lagi merasai naik train ni...hehe
ReplyDeletebagusnya suka naik train.saya tak berapa suka sebab lama.hehe ><
ReplyDeletebest naik train..zaza biasa naik bas je sb xde laluan kat kg muahahaha..
ReplyDeletesis JM festina naik tren dari KL - Hatyai...tapi x dpt view cantik sbb gerak mlm
ReplyDeleteZumal pernah nyaris kena tinggal train sebab dengar orang promote barang masa kat kl sentral. Masuk je train terus train jalan. Nasib baik ^_^
ReplyDeleteNaik train bestttt! prefer lagi train. heheh
ReplyDeletexpenah naik train t_t ..biasa nek bus jek =.='
ReplyDeletePernah naik train dari kelantan ke negeri sembilan. Macam nak patah pinggang.
ReplyDelete