Tuesday, February 25, 2020

Pengalaman Menyertai Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua! Cik Timm nak share sikit pengalaman berharga yang Cik Timm lalui di Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan untuk jawatan Penolong Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Gred KP29.

Ya! Ini pertama kali Cik Timm dapat test ni dari SPA (Suruhanjaya Pertahanan Awam). Selalunya dapat email untuk jawab test online je dan tak pernah lepas pun. Haha! Cik Timm tergerak hati 3 minggu lepas untuk check email sebab nak clear apa yang tak patut. Tiba-tiba ada email dari SPA untuk menghadiri ujian fizikal ni. Ya Allah seronok tak terkata! Cik Timm memang dah give up lama dah dengan SPA ni.

Berbekalkan masa selama 2 minggu, Cik Timm cuba berdiet untuk membesarkan 'badan' sebab BMI yang underweight. Selain itu, masuk gym dekat hostel tu untuk ujian kecergasan. Tetapi untuk ujian dari APM ni depa tak tulis pun ujian apa untuk test kecergasan. Info dari pembacaan Cik Timm kalau ujian kecergasan ni ada sit up, lari 2.4km, lari ulang-alik, blablabla...


Tapi untuk APM;

1. Mengangkat bebanan seberat 3.5kg untuk wanita sehingga paras pinggang, bagi lelaki sehingga paras bahu.

2. Memanjat tangga setinggi 11m (bersamaan 3 tingkat bangunan).

3. Lari 2.4km dalam masa kurang 17min.

Cik Timm buat ujian ni di APM Pulau Pinang. Pagi tu hujan lebat selepas subuh. Nasib baik dekat je APM dengan hostel, redah je dengan baju hujan. Sampai sana baru tukar kasut sukan. Anda diwajibkan memakai pakaian sukan yang sesuai tau!


Tips Untuk Wanita;

1. Please pakai baju sukan tangan pendek dan pakai inner panjang dekat dalam.

2. Please pakai sport bra.

3. Please pakai seluar sukan yang bercekak di kaki untuk pastikan buku lali hampa tu visible.

4. Jangan pakai lens please.

Pendaftaran

Cik Timm cuma bawak surat panggilan yang diprint di portal SPA atau email kita. Bawa kad pengenalan asal juga dan juga pen hitam atau biru. Itu sahaja! Tak perlu sijil bagai yer. Kami berkumpul dalam satu bilik besar macam dewan untuk isi borang. 

Ujian BMI

Nama dipanggil untuk check tinggi dan berat. Rupanya Cik Timm 153.4cm. Memang aras pagar je. Berat 44.3kg. Actually BMI masih tak cantik tapi much better dari 2 mnggu lepas sebab 43kg je. Alhamdulillah tak sangka Cik Timm lepas. Kalau diikutkan agak down jugak sebab rasa memang tak lepas. Kalau overweight agak susah kot. Sebab selepas ujian ni cuma 39 orang sahaja yang tinggal. 

Ujian Rabun Mata & Warna

Kami ditanya sama ada memakai kanta lekap atau lens. Lepas tu mata seorang demi seorang calon diperiksa. 
Dekat test ni Cik Timm orang terakhir. Lepas tu blur sebab yang tinggal 19 orang sahaja. Mak aih, nasib baik mata Cik Timm still ok tak ada masalah.

Ujian Pemeriksaan Fizikal

Yes, awak kena bukak tudung dan baju. Seluar diangkat sehingga paras lutut. That is why Cik Timm suruh hampa pakai sport bra. Taklah terlalu malu kan. Sebab kami buat 5 orang calon sekali. Lagipun nanti hampa nak lari-lari lagi better pakai pakaian dalam yang sesuai. Lepas tu tangan, lengan jari diperiksa untuk pastikan semua lurus. Cara berdiri tegap pun dia tengok bahu kita. Paha, kaki, tapak kaki semua dicheck. Last kitorang kena lompat dan pastikan lutut cecah pusat. Haha!
Lagi satu, kalau anda berbraces pun memang tak dapat. Nasib baik Cik Timm dah bukak braces. Ada hikmah betul dengan semua peristiwa yang Cik Timm lalui ni..

Ujian Kawad Kaki

Mula-mula dia minta jalan macam biasa dulu nak tengok kita ni berjalan normal ke tak normal. Ha, dekat sini kalau pakai seluar yang cekak memang senang tak payah nak senteng seluar tu bagi nampak buku lali. Lagi satu kalau pakai tshirt tangan panjang kena senteng juga sampai ke siku. Unless pakai inner ok sebab nampak tangan tu jelas. Lepas tu berkawad sorang-sorang. Kalau dia tengok ok senang keja dia. Kalau tak boleh dia ajar juga sampai boleh. Kalau tak juga dapat buat memang bye-bye. Tinggallah calon seramai 10orang sahaja. 

Ujian Kecergasan

Angkat bebanan seberat 3.5kg. Cik Timm pun tak sangka lepas eh! Disebabkan ujian dijalankan hari Jumaat. Kami stop break untuk lunch dan solat jumaat. Cik Timm pun dah jumpa kawan baru dekat situ, Anis orang Bayan Baru dan Farah junior universiti dulu (such a small world). Kami bertiga mengisi perut dulu di McD. 2.45pm macam tu kami mula untuk ujian kecergasan seterusnya iaitu memanjat tangga setinggi 11m. Cik Timm sampai je tengah tu memang dah mula rasa ketaq segala urat. Nasib baik berjaya jugak. Last ujian adalah, lari 2.4km, kami guna padang Methodist Boy School. Lari pusing padang tu 9kali! Dan setiap satu round akan diberi satu getah. Cukup 9 getah, cukuplah 2.4km. Dahlah lari tengah panas petang, memang nak give up, tapi teruskan jugak sebab dah sampai akhir ni. Rugi sangat kalau tak habiskan. 

Kami settle semua dalam pukul 5pm macam tu. Doakanlah semoga Cik Timm ada rezeki untuk join next interview. Kalau tak dapat pun masih juga berpuas hati sebab berjaya lepas semua halangan. Cik Timm betul-betul nekad nak cari kerja baru sebenarnya. At least tahun depan dah tukar kerja baru pun ok. Letihlah kerja F&B ni, rasanya nak stop dah. Nak jadi manusia biasa balik, tak nak jadi zombie macam sekarang ni. Tapi, itulah nak cari kerja, nak dapat kerja bukan mudah. Nak resign pun bukan mudah, kena sediakan simpanan secukupnya, nak kena plan betul-betul. Ughhh....
Doakan Cik Timm ya..

UPDATE 02.10.2020

Cik Timm berjaya lulus pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan! Lepas tu Cik Timm perlu menjawab Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) pada 30.09.2020. Actually bersyukur sangat sebab tergerak hati nak check email. Selalu banyak email sampah yang masuk. Malas nak check, sekali tengok ada EXAM! Alhamdulillah, kalau tak menyesal sangat kalau terlepas. 

Korang nak tips untuk menjawab? Boleh baca entry ini --> Tips Menjawab Peperiksaan Online (PSEE) Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29. Jangan risau ini bukan entry untuk suruh korang beli e-book ke, masuk group Telegram ke, ini betul-betul tips sebab Cik Timm dah selesai menjawab soalan tersebut pada dua hari lepas. 

Keputusan tak tahu lagi, nanti Cik Timm share ya 💋

20 comments:

  1. mugo cik Timm berjaya interview kecergasan tuuh., ;p

    ReplyDelete
  2. Amin yra, semoga dipermudahkan. Kalau kita angkat 1kg pun dah patah pinggang rasanya hahaha.. Jemput singgah: Tempat menarik di Sarawak!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. nak tanya please. sama ke ujian fizikal untuk pembantu pertahanan awam kp19? kalau pakai inner lengan panjang, still kena buka jugak eh?😂😂 and stu lgi. tangan bengkok boleh ke .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer kot, rsanya sama jer..klau dah pakai inner tak perlu bukak sebab dia nk tgk tgn tu bengkok atau tak, kalau bengkok tu emm mungkin lepas ikut org yg check tu..

      Delete
  5. Kak tim maaf sya nk tnya untk pakaian klau jersey biasa lepas kan?? Tk perlu bju sukan putih tu pon kan?? Maaf lah sya bru first time nak ambik ujian fizikal ni.

    ReplyDelete
  6. Pakai braces memang tak blh? Kalau buka jap blh ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai braces mana boleh bukak dik, kecuali klau pakai retainer..

      Delete
  7. Perlu tak saya Buka braces? Tapi Gigi saya ada 4 batang di cabut??

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya klau kita pkai braces mmg permenant kan, tak boleh cabut suka hati selepas pasang, hehe..

      Delete
  8. 20hb jun ni sye ade ujian fizikal dan temuduga so agak nervs sikit

    ReplyDelete
  9. Sis kalau pakai braces mmg terus disqualified ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau time sye pi tu mmg kena reject klau pkai braces

      Delete
  10. kalau rabun memang tak dapat ke join ujian fizikal 😊😇

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je join, klau dpt g jer join. Mna taw pegawai tu baik hati bgi lepas

      Delete
  11. Assalamualaikum nak tanya kalau larian 2.4km tu untuk lelaki berapa minit ye diperlukan? Terima kasih

    ReplyDelete
  12. Kalau ada gigi berlubang dia reject x? Atau dia x check sgt just tgk mcm tuu jaa?

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com