Monday, August 14, 2017

Resipi: Cheesekut Simple dan Sedap

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Ha, resipi ni Cik Timm ambil dan olah sikit dari blog Cik Epal.

Jom tengok bahan-bahan:


 500g Cream cheese Tatura
Biskut Cream Cracker
 1/2 Susu pekat 
Susu segar
Nestum
Milo

Cara-caranya:


1. Putar cream cheese sampai lembut, lepas tu masukkan susu pekat. Boleh sesuaikan rasa kalau nak kurang manis ke manis ke. Putar sampai sebati.

2. Lepas tu dah boleh sediakan bekas untuk susunkan biskut tu. Cik Timm lapik dengan plastik, nanti senang nak keluarkan.


3. Biskut tu boleh cicah-cicah dengan susu segar sebelum susun. Selepas tu, lapiskan lapisan cheese tadi, lapiskan lagi dengan nestum. Cik Timm buat selapis nestum, selapis milo. Lapisan terakhir letak cheese banyak-banyak sikit dan tabur chocolate nips.


4. Siap boleh simpan dalam peti ais, esoknya baru boleh makan. Sedap tau! 

Cik Timm buat macam-macam versi, ada yang filling chocolate, kadang-kadang guna biskut yang jual kilo. Semuanya sedap! Agaknya sebab famili Cik Timm memang gemar dengan cheese ni, semua makan berkaitan cheese sentiasa laku. Hahaha!

Selamat Mencuba! Hat ni kalau ada sesiapa kata susah jugak memang nak kena katok..

7 comments:

  1. nak buat yummy! tq share resepi. macam tau2 je tekak tengah mengidam cheesekut.

    ReplyDelete
  2. cheesekut memang feveret ccl ni . mudahkan nak buat , ccl selalu letak serbuk oreo ganti dgn nestum . cuba la nanti
    jemput ke entri ccl ya
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/08/5-tips-bisnes-online-untuk-newbie.html

    ReplyDelete
  3. memang sedap ni timm....dah lama jugak tak buat...lepas ni boleh repeat lah

    ReplyDelete
  4. sedapp boleh try buat ni tq timm

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com