Sunday, August 15, 2021

Reject Lagi Vaksin Kali Ke-2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua! Sekarang ni kawasan Kulim dan sewaktu dengannya asyik hujan je menjelang tengahari sampai ke petang. Semalam seronok betul Cik Timm lena selepas Asar walaupun tak elok ya. Letih menolong mak mertua buat aiskrim Malaysia. Over sangat, bukannya tolong ikat pun, sebab tak lulus lagi nak ikat aiskrim batang tu. 



Tiba-tiba dapat notifikasi dari My Sejahtera. Cik Timm punya tarikh vaksin dischedule semula pada 18 Ogos 2021. Aduhai, terpaksa cancel lagi sebab tarikh dekat sangat dengan tarikh bersalin. Sepatutnya dekat column kenapa kita tak nak divaksin pada tarikh tu perlu ditambah dua lagi, "Sedang Mengandung Kurang Dari 14 Minggu' atau "Sedang Mengandung Lebih Dari 33 Minggu". Senang kan untuk dischedule semula. Kesian dekat orang lain yang masih menunggu slot vaksin. 

Semalam sempat berzoom meeting dengan kawan-kawan PALAPES Airforce di zaman universiti. Setelah sekian lama tak berjumpa. Masing-masing dah berkeluarga ni semuanya pakat sibuk. Ada yang di utara, ada yang di selatan, semua tempat ada. Tak semua pun yang dapat join, jadilah dapat berjumpa dengan yang ada pun. Rindu betul dengan hampa semua. 

Dalam skuad Cik Timm ni, tak ramai dah bujang yang tinggal. Ada juga yang berjodoh dengan sesama skuad, ada yang berjodoh dengan senior. Lawak bila teringat balik zaman universiti dulu. Nasib baiklah Covid-19 tak jadi waktu zaman kami study dulu. Jenuh juga sebab zaman tu Android baru sahaja diperkenalkan. Telefon bimbit pun tak sepintar macam sekarang ni, jenuh nak PDPR. Confirm Cik Timm tak balik kampung stuck dekat Sarawak. 

Cik Timm dulu, masuk Semester 2 baru berkemampuan untuk beli laptop. Jenuh semua assignment disiapkan di makmal komputer fakulti. Banyak bahan rujukan cari di perpustakaan, gigih meminjam buku tebal-tebal. Seronok sebenarnya bila dikenangkan kembali zaman kampus. Rindunya Sarawak especially UNIMAS! 

14 comments:

  1. Nampaknya tunggu lepas bersalinlah baru dapat vaksin

    ReplyDelete
  2. Seronok ada reunion.. Vaksin ni schedulenya tak dapat agak, inshaAllah dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan sis bersalin dan reschedule vaccine.

    ReplyDelete
  4. Lepas bersalin nanti bolehlah divaksin kan.
    Seronok imbas kembali zaman di kampus bersama kawan-kawan!

    ReplyDelete
  5. Susah jugak tu MySejahtera takde option tu. Kang tengah pantang dia tanya lagi.

    ReplyDelete
  6. insyaAllah lepas bersalin nanti sebelum balik tu mesti dapat vaksin first dose. Ada kawan tu pun dapat gitu sebab sebelum bersalin tak dapat2 vaksin date

    ReplyDelete
  7. tarikh arini.. debar tunggu hari ue.. semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  8. Lepas azfajunior lahir nantilah baru vaksin ya.

    ReplyDelete
  9. xpe laa cik tim... insya allah lls bersalin nnt boleh lg dpt kn vaksin. ms tu x yah tggu turn dah boleh walk in je

    ReplyDelete
  10. Kena tunggu lepas bersalin pulak nanti CikTimm.

    ReplyDelete
  11. kalau biras sy, dia p jg ppv time tarikh vaksin pastu gtau dia br lps bsalin. dpt tarikh baru

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com