Tuesday, July 27, 2021

Musim Buah di Rumah Mak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua!
Seperti yang dijanjikan, Cik Timm nak share cerita raya haji minggu lepas. Petang selepas zohor, kami gerak balik rumah mak di Sungai Ular. Nasib rumah mak satu daerah je. Kalau tak mesti sedih tak dapat balik beraya. 


Kami beraya makan buah je dekat luar rumah. Rumah mak ada pokok durian, pokok manggis, duku langsat, pisang, etc. Tahun ni mak tak jual pun durian sebab tak larat dah. Setiap tahun memang mak akan jual, jual pun murah-murah jer. Setakat balik modal untuk beli baja dengan garam untuk pokok.


Seronok tengok famili mertua excited makan buah manggis, rambutan dengan durian fresh. Orang bandarlah katakan, Mr. Roy pun sakan. Beliau ni sebenarnya tak makan sangat dengan durian kecuali musang king jer. Tapi dengan durian pokok mak dia punya pulun makan. Seronok dengan suasana kampung agaknya. Melepaklah kami dekat bawah pokok manggis sambil menghirup udara fresh.



Cik Timm pun walaupun duduk dekat, dah lama tak balik, takut juga dengan Covid-19 ni. Nasib baik semua dekat rumah tu dah selamat divaksin. Rezeki petang tu sebelum balik ada durian baru gugur. Makan durian yang baru gugur memang sedap tau. Beza dengan durian lama yang berhari-hari orang jual tu. Memang Cik Timm tak pernah beli durian dekat luar, makan pokok sendiri jer. Alhamdulillah rumah mak ada pokok walaupun tak banyak dah. Dulu waktu Cik Timm kecik lagi meriah. Macam-macam pokok ada, tapi masalahnya rumah kami jadi tersorok dekat dalam sebab orang tak perasan pun ada rumah dekat dalam. Sekarang ni banyak dah pokok ditebang sebab pokok dah lama pun makin rosak, ada yang kena makan anai-anai, ada yang jatuh sebab kena tolak ribut kuat, macam-macamlah. 



Kalau nak tahu, dulu arwah ayah beli tanah ni harganya RM1010 sahaja ya, itu pun tanah lelong. Zaman dulu punya harga, kalau sekarang ni tanah kampung tak dapat dah harga macam tu. Beza zaman dahulu dan sekarang. Bersyukur duduk kampung tanah sendiri, tak perlu nak menyewa luar. Itupun salah satu rezeki juga kan. 



Dulu kawasan sini penuh dengan pokok getah dan ladang sawit je. Sekarang ni macam-macam, dengan taman sekeliling kampung. Politeknik Kulim, JPJ dan sekolah pun belakang rumah sahaja. Projek baru nanti ada McD dan Starbucks drive-thru pulak sebelah JPJ tu. Tapi disebabkan PKP, semua pembinaan dihentikan sementara. 


Semoga mak panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk merasa semua pembangunan dan dapat tengok anak cucu membesar. Amin.. 

20 comments:

  1. MashaAllah indah dan permainya kampung, duduk ja ada makanan... Isi rambutan nampak tebal manis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dduk kpg ni nk mkn kutip je keliling rumah, ada ja bnda boleh mkn, dduk tamn susah sikit xda tanah..

      Delete
  2. waalaikumussalam. makan buah yg dipetik terus dari pokok, memang best. pengalaman yg takkan dilupakan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap tahun mmg bawak member dtg rumah mkn buah, tahun ni bawak famili mertua pulak, hihi

      Delete
  3. Bestnya ada pokok pokok buah dekat rumah je. Bila musim buah seronok makan ramai ramai. Syukur rezeki dapat kongsi dengan family mentua sekali. Memang sedap makan durian fresh from gugur tu. Buah buah lain pun sedap makan terus lepas petik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Feel dia lain mcm, sbb letih kutip sendri, lpas tu sambil mkn pulak, hihi..tau2 kenyang mcm tu jer..

      Delete
  4. bestnya ada pokok sndiri.. mmg fresh la petik terus mkn

    ReplyDelete
  5. Rindunya nak masuk dusun. Nak makan buah-buahan segar... eh! Tiba-tiba rasa rindu pula dengan gigitan nyamuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timm balik mmg nyamuk buat tak tau jerr..tetamu mai dia ketit habis sampai merah2..

      Delete
  6. Memang best makan buah2an fresh dari pokok sendiri...makan bawah pokok..feel dia tu lain macam kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hampaq pulak tikaq dduk bawah tu, mmg mcm nk lena..

      Delete
  7. Sekarang memang musim buah kayu . Alhamdulillah dapat juga la merasa buah rambutan dan manggis fresh dari dusun

    ReplyDelete
  8. Seronoknya ada pokok sendiri..SA x merasa la sebab duduk rumah taman kan...kalau nak makan buah kena la balik kampung tapi tu la x leh merentas daerah plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kite pun nasib baik kpg satu daerah, klu x mmg xmerasalah, hihi..

      Delete
  9. Seronoknya tgk.. berpiknik mkn buah-buahan tempatan.. cuaca sporting pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca pun surr jer, xpnas sgt, dgn angin sepoi2..

      Delete
  10. bestnyaaaaa petik dari kebun sendiri

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com