Saturday, August 21, 2021

Sakit Contraction Bermula!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua, rasa macam lama tak buka blog dan blogwalking. Maaf ya semua, Cik Timm dah mula sakit contraction, Allahu, macam ni rupanya sakit dia. Rasa dia sebijik macam senggugut, sakit yang menangkap pinggang dengan perut. Selalu dulu waktu period second day (heavy flow) ataupun nak keluar yang ketul tu memang sakit dia macam ni. Sekarang Cik Timm faham orang yang senggugut teruk sampai kena warded atau MC. 

18/8/2021 (Selasa)
Malam tu (17/8) dah rasa tak sedap hati. Cik Timm kemaskan lagi sekali 2 beg untuk dibawa ke hospital. Ada lagi beberapa barang Cik Timm yang belum dimasukkan. Beg baby memang dah siap awal. Bekalan makanan belum masukkan, stokin pun belum. 

Malam tu Cik Timm tak berapa lena tidur, terasa nak pakai pad malam tu. Rasa perut mengeras semacam jer. Memulas macam sakit perut. Boleh dikatakan setiap satu jam mesti terjaga. Mr Roy yang masih tengok tv sampai ke subuh pun Cik Timm sedar. Mak mertua bangun untuk sahur pun Cik Timm sedar. Bangun pagi untuk mandi dah mula ada lendir kuning melekat. 

Kebetulan pulak, nurse call Cik Timm untuk buat pemeriksaan pada hari ini jugak. Kalau ikutkan 20/8 baru buat daily checkup untuk check jantung baby. Bagus jugak, boleh tanya nurse terus sebab hari ni dah mula keluar tanda-tanda bersalin. Siap-siap terus ke KK, check HB, memang cantik dah bacaannya, alhamdulillah! Tapi waktu dah habis pemeriksaan, tetiba badan peluh pucat nak pitam! Duduk sekejap lama sikit baru ok..nurse cakap gemuruh sangat kot, fikiran dok fikir tentang beranak je, dah macam panic attack dah, adoii..

Petangnya nak mandi, keluar lagi lendir tapi warna coklat! Cik Timm dah install Contraction Tracker, rasa sakit je terus tekan butang dalam tu..

19/8/2021 (Rabu)
Nightmare lagi, Cik Timm tak boleh tidur. Contraction dah mula dirasa, Mr Roy memang tak lena juga. Sambil-sambil bersembang sampai pukul 4am baru tertidur sebab contraction dah hilang. Dapat lena sekejap sampai ke pagi. 

Bangun pagi untuk mandi dah mula ada lendir yang bercampur pink pulak. Waktu siang contraction tak ada pun, tapi kalau tengah malam sakan contraction datang. Jadi waktu siang baru dapat tidur lena, dah macam burung hantu.  

Kalau diikutkan tarikh, Cik Timm patut beranak hari ni. Tapi nampak gayanya lambat lagi walaupun tanda-tanda dah ada. Bermula dari semalam Cik Timm sentiasa bersiap andaikata kalau emergency. Kakak-kakak yang berpengalaman pun dah pesan awal, sentiasa mandi, shampoo rambut, bersiap sedia je sentiasa. 

Macam dah makin panjang entry ni, macam cerpen dah. Sambungan cerita Cik Timm story dalam next entrylah ya. Pinggang pun macam nak tercabut je ni. 

Btw, Cik Timm nak memohon ampun kepada semua rakan blogger seandainya ada terkasar bahasa, tersilap komen, atau apa-apa sahajalah yang buat sesiapa terguris hati sepanjang kita berkawan dalam media sosial ni. 

Terima kasih juga untuk ucapan dan doa baik-baik dari kalian. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya..

Stay SAFE Semua!

16 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan sehariannya

    ReplyDelete
  2. Moga dipermudahkan urusan cik tim memimang baby, inshaAllah dah nak masuk fasa berpantang.. Sama-sama, ampun dan maaf juga ya.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan Cik Tim.. dan selamat berpantang. Enjoy every moment okeh!

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan urusan cik tim ya

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah dah jd ibu..tahniah..selamat berpantang

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah permudahkan. Yang baca ni pun terasa sakitnya

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah Timm.. tahniah kerana telah menjadi seorang ibu dan selamat berpantang diucapkan pada awak...

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan segala urusan! Moga baby dan ibunya sihat sihat saja. Aamiin.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan cik Timm dah lahir seorang zuriat tahniah ya, semoga akak akan diberi peluang juga suatu hari nanti

    ReplyDelete
  10. Nina sampai skrg tak buat lg entri bersalin heheh.. apa pun rajin timm update siap2.

    Sakit contraction tu mmg rasa mcm sengugut tp perut mengeras. Fuhh baru rasa period pain teruk mcm mana sbb sebelum ni period jenis tak sakit sgt

    ReplyDelete
  11. Kita baca pun berdebar debar ni CikTimm.

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com