Sunday, August 01, 2021

Terpaksa Reject Vaksin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari tu punya excited nak vaksin macam orang lain juga. Rezeki minggu lepas MySejahtera dah hantar sms untuk mengesahkan kehadiran. Cik Timm dapat tarikh hari ni, 1 Ogos 2021 pukul 3pm. Tapi kebetulan, hari ni Cik Timm sangat full dengan appointment pregnant. 


9am - Appointment di Hospital Kulim di Klinik Pakar 1 untuk scan baby
2pm - Appointment di Klinik Kesihatan Kulim untuk check perut
3pm - Cucuk vaksin di Klinik Kesihatan Kulim

Lega juga tengok nama dah naik untuk divaksin. Tapi as long yang Cik Timm baca, vaksin untuk pregnant woman hanya boleh disuntik untuk ibu yang mengandung pada minggu ke-14 sehingga 33 sahaja. Cik Timm tanya pendapat kakak Cik Timm yang jadi sukarelawan PPV, dia pesan pergi je tempat vaksin tu. Nanti sebelum dicucuk pun kita akan berjumpa doktor untuk sesi konsultasi.

Untuk menyenangkan flow, perancangannya Cik Timm akan ke tempat cucuk vaksin selepas balik dari hospital. Senang sikit kalau ke sana awal, lagipun tempat cucuk vaksin juga di Klinik Kesihatan. Kalau check perut dulu takut terlambat untuk cucuk vaksin.

Tengah dok berfikir betapa busynya jadual hari Ahad ni, semalam ada petugas PPV dari KK telefon untuk confirmkan tarikh kandungan sekarang. Cik Timm dah 37 weeks, jadi petugas tu suruh Cik Timm cancel je appointment vaksin tu. Nanti tarikh akan disusun semula. Lega! Kalau tak sia-sia je Cik Timm nak susahkan diri beratur panjang-panjang untuk dapatkan suntikan. In the end, tak boleh cucuk vaksin pun. 

Itulah kisahnya, di mana Cik Timm terpaksa cancel vaksin tu. Lepas beranaklah Cik Timm baru akan divaksin ceritanya. Tapi memang letih sangat kalau ada appointment untuk check pregnant ni. Bukannya apa, letih menunggu. Lagipun sekarang tengah menunggu masa, setiap minggu jumpa misi di Klinik Kesihatan. 

Alhamdulillah, hari ni last day untuk jumpa doktor pakar di Hospital Kulim disebabkan #azfajunior ni dah ok. Cik Timm start kena buat appointment dengan Hospital Kulim sejak dari 21 Jun disebabkan doktor di KK detect #azfajunior ni macam kecil dari biasa. Rupanya dia cuma bersaiz comel macam ibu dia, haha! Tapi mula-mula doktor cakap baby kecil, Cik Timm menangis jugalah sebab risau. Mr Roy ni pulak tak habis-habis bising suruh Cik Timm makan banyak-banyak. Lagi Cik Timm stress sebab sejak mengandung Cik Timm tak boleh nak makan banyak, nanti perut rasa sebu sangat. 

Serius letih sangat hari ni, cuaca pula sejuk sebab hujan. Rasa nak lena awai je malam ni. Sakit belakang pun tak boleh nak bawa bincang, asyik nak baring je baru selesa. Good nite semua!

20 comments:

  1. Kalau dah itu kata nurse, ikutkan je. Nak komen selebihnya tak ada pengalaman lagi. Saya doakan Semoga dipermudahkan segala urusan bersalin CikTimm. Aaminn...
    Take care :)

    ReplyDelete
  2. Seronoknya...teringat pengalaman mengandung sulung dulu...itu jer la pengalaman akak...rindu plak nak ulang semula..eh...hahahaha....dah tua dah pun..x leh la nak beranak lagi..tinggi risiko..cukup la sorang anak tu je

    ReplyDelete
  3. tak apalah Cik Timm, buat satu-satu. jangan renyah-renyah. semoga awak dan AzfaJunior sihat

    ReplyDelete
  4. semoga urusan berjalan dengan baik ya timm.. Ameen..

    ReplyDelete
  5. insyaallah
    itu yg terbaik
    semoga dipermudahlan. urusan ciktimm kelak

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan urusan.. vaksin lps bersalin pun ok. Nina masih xdpt2 lg

    ReplyDelete
  7. x pe tim... vaksin x lari mana pun... kita dahulukan yg lbh penting... moga dipermudahkan segala urusan tim

    ReplyDelete
  8. Apa-apa tunggu lepas bersalin baru vaksin covid Cik Timm. kawan PC pun dua kali dah nama dia naik untuk vaksin pun ditolak sebab tengah mengandung.

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudahkan urusan bersalin kak
    Tak apa kak lepas bersalin nnti vaksin

    ReplyDelete
  10. Wah.. Xlama lagi dah tu nak beranak... Semoga dipermudahkan urusan bersalin nnt

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Yang penting #azfajuniou sihat-sihat saja. Jadinya tinggal tunggu hari sajalah ni nak jumpa #azfajunior? Moga semuanya dipermudahkan Allah.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah seronok nak dapat baby. Berbanyak berehat ciktimm, yang penting ibu dan afzajunior sihat. Vaksin lepas ni.. InshaAllah

    ReplyDelete
  13. Jaga diri, dik. Akak doakan semua urusan Cik Timm sehinggalah ke proses melahirkan #azfajunior nanti berjalan lancar dan dipermudah Allah.

    ReplyDelete
  14. yg penting didahulukan, kan.
    one at a time.
    moga selamat melahirkan ye. Tim.
    lepas tu baru la cucuk vaksin.

    ReplyDelete
  15. Tak apalah anak kecil dalam perut, nanti keluar membesar sihat ye baby..

    ReplyDelete
  16. semoga dipermudahkan urusancik timm .. takpe appointg baby lagi penting
    jemput join ga mama https://www.mamapipie.com/2021/07/giveaway-road-to-3m-mamapp.html

    ReplyDelete
  17. smoga dipermudahkan segala urusan cik timm

    ReplyDelete
  18. Moga dipermudahkan cik timm. Tak apa, KIV lah dulu vaksin lepas bersalin.

    ReplyDelete
  19. Semoga dipermudahkan urusan cik Tim. Tunggu masa je tu nak keluar Azfajunior.. Lepas bersalin dan pantang nanti boleh cucuk vaksin..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com