Thursday, September 23, 2021

Cik Timm Dalam Fasa Berpantang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Allahu, rindunya dengan blog. Lama tak buka since tengah berpantang sekarang ni. Tengah nak biasakan jadual sebagai ibu. Cik Timm salute betul dengan mak-mak luar sana yang bekerja. Bukan senang nak membahagikan masa. 

Life Baru Sebagai Ibu
Cik Timm tak pandai langsung nak salin pampers azfa waktu mula-mula dekat hospital. Nasib ada adik sebelah katil tu bagitau. Nampak sangat kekok waktu tu, nak angkat azfa pun takut-takut sebab dia lembik-lembik lagi. Cekalkan hati je angkat dia asalkan tak menangis. 

Nak menyusu pun tak pandai, asyik bagi cara baring je. Menyusu sebelah kiri pun tak reti dan kekok. Tak selesa juga kot sebab dalam wad di hospital. Balik dari hospital berpantang di rumah mak baru mula pandai menyusu cara duduk. Itu pun kak ipar ajarkan. Adoi, dalam seminggu tu macam-macam Cik Timm eksperimen dengan azfa.


Dah Hari Ke-30 Berpantang
Cabaran berpantang asyik teringin nak makan itu ini. Adoi, sedangkan sebelum beranak sakan juga makan macam-macam. Cik Timm ada ambil pakej berurut dari salah satu spa di Kulim. Lega berurut selama 5 hari. Cik Timm dah la tak pernah berurut, sakan juga keluar angin.

Bertungku memang setiap hari, mak bab bertungku memang dia jaga. Bayangkan mak yang dah tua-tua ni pun masih lagi bertungku. Itu rahsia mak masih kuat sampai sekarang kot walaupun umur dah mencecah 72 tahun! Kakak yang datang mengurut tu pun terkejut dengan mak yang masih kuat. 

Jomlah mak-mak blogger luar sana share juga pengalaman hampa di ruangan komen. Nak tahu juga, tambah-tambah yang baru dapat anak sulung. 

Buat masa sekarang masih dalam fasa nak sesuaikan diri dengan norma baru sebagai mak-mak. Boleh tahan nak mengempeng je azfa ni. Menyusu pun kuat betul, harap demam kuning dia makin berkurang sebab berak dan kencing pun sakan. Buat masa ni petua yang Cik Timm buat, memandikan azfa dengn buah manjakani dengan daun kucai. Nampak ada juga perubahan, kuning makin turun. Pagi-pagi pulak letak azfa tepi tingkap bilik bagi kena cahaya setiap pagi. 

Sekejap sangat masa berlalu, dah nak habis berpantang dah pun. Macam baru je beranak semalam. Tapi dah sebulan macam ni luka pun memang dapat rasa makin sembuh. Dapat duduk dan berjalan dengan selesa dah. Yeay! Lagi senang nak uruskan si kentang ni. 

#StaySafe semua!

7 comments:

  1. Yay..dah nak habis pantang. selamat menyesuaikan diri dengan kehidupan norma baru sebagai ibu. Semoga Azfa membesar dengan sihat tanpa ragam.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.lama tak singgah sini, Timm dah jadi mak-mak rupanya.Tahniah Timm.Hargailah dan nikmatilah fasa2 besorkan anak ni.sebenarnya nanti, kita akan rasa masa cepat berlalu.Take care Timm.

    ReplyDelete
  3. panjang umur Cik Timm.. Baru terlintas pagi tadi pasal Cik Timm.. Tengok2 ada entri.. Selamat berpantang Cik Timm.. Anak sulong memang byk benda yang kita tak tahu n belajar.. Enjoy ur motherhood journey!

    ReplyDelete
  4. Wah,dah jadi mummy. Selamat menghabiskan sisa berpantang.Syu doakan Cik Timm & Azfa sentiasa sihat.

    ReplyDelete
  5. Mandi kucai hari2 hilang la kuning tu.. pantang mkn benda angin, sejuk kalau dak sakit urat nanti.

    Hari2 jgn lupa pakai bengkung. Nk bg tulang elok balik. Selamat menjadi ibu

    ReplyDelete
  6. Pengalaman baru, bukan mudah nak adapt. Lama lama biasalah. Nak habis pantang dah tu. Sabar sikit, nanti nanti boleh makan makan makan. Orang dulu memang berpantang betul betul kan.

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com