Friday, July 30, 2021

Comelnya Free Gift Nestle Coco Crunch!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai Semua!
Semalam keluar sekejap ke pasaraya untuk topup barang-barang dekat rumah yang dah habis. Selalu memang ke Tesco dan Giant untuk cari barang. Senang sebab pasaraya besar semua ada, lagipun dekat je dengan rumah. Eh, Tesco pulak, Lotuslah! The best part kalau shopping sini guna apps Scan & Shop, memudahkan kerja dan cepat. Tak perlu beratur lama di kaunter. Lega sebab barang-barang lain macam stationary, baju-baju, semualah seksyen yang sebelum ni ditutup dengan tape kuning dah dibuka! 

Setiap bulan mesti beli Coco Crunch! Kadang-kadang bosan tak tau nak makan apa untuk snack, memang Coco Crunch ni jadi mangsa. Mr Roy ni setiap kali beli mesti nak cari toys atau apa-apa free gift dalam bijirin tu. Sepanjang kami duk membeli ni belum ada lagi any free gift. Kali ni ada FREE GIFT, bapak budak ni yang paling excited.

Koleksi Magic Painting Book


 Untuk korang yang suka mengumpul boleh beli mana-mana bijirin Nestle yang saiz kotak besar/Econo Pack. Tak tahu sampai bila Free Gift ni akan berakhir. Yang pastinya bulan ni baru ada promosi ni.


Ada 3 koleksi yang korang boleh dapatkan. Cik Timm dapat yang buku warna merah, Dinasour Magic Painting. Ingatkan buku lukisan biasa untuk kita warnakan sendiri. Rupanya anda diberi satu berus comel. Cuma gunakan air sahaja untuk warnakan buku tu. Nanti warna dia akan keluar sendiri. In the end, Cik Timm yang seronok mewarna dalam buku tu. Mr Roy pulak excited nak kumpulkan lagi dua edisi tu. Mak bapak yang excited ya dengan benda comel macam ni. 


Ada 7 page dalam ni. Semua gambar dinasour. Kertas dia pun tebal tau, memang berbaloi. Untuk sesiapa parents yang kesian tengok anak-anak boring duduk rumah tak tau nak buat apa, boleh beli. Sambil makan, dapat toys mewarna sekali. Malas nak keluar boleh beli di Shopee Nestle juga!


Tadaaa..

13 comments:

  1. Hi Tim.. K ret dtg singgah sini balik.. Salam kebalan

    ReplyDelete
  2. Wah menariknya magic book tu .rasa macam nak kembali ke zaman kanak2 la

    ReplyDelete
  3. Ehh, ehhhh... menariknyaaa.. lama tak beli Coco Crunch.. Nak carik gak la.. hehe.. sambil makan.. sambil dapat free gift gitu.... tak rugi lah... nice... nice..

    ReplyDelete
  4. Salam, lengkap set buku warnanya, baru tahu ada freegift. Thanks for info.

    ReplyDelete
  5. Wah.. best freegift ni.. sy pn selalu mcm tu jgk timm.. kalau ada freegift suka je nk membeli... freegift kotex pn selalu best2 jugak.. haha

    ReplyDelete
  6. Menariknya dapat free gift buka mewarna. Betul tu, good idea utk aktiviti anak² kat rumah. Tak silap, coco crunch ni rajin juga bagi free gift kan. Berbaloi membeli

    ReplyDelete
  7. kawan pernah cakap, bagus freegift mcm gini 😂 sebelum kahwin kumpul sesiap, nnti ada anak senang haha

    ReplyDelete
  8. macam best ni..kalau takde anak, kita conteng la sendiri buat hilang bosan. hehe

    ReplyDelete
  9. dulu2 coco krunch selalu bagi free gift best2. kdg beli sebab free gift. mkn nya tidak hehehe

    ReplyDelete
  10. Seronok juga kumpul free gift. Boleh buat koleksi.

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com