Monday, July 26, 2021

Happy Birthday Mr Roy!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


22.07.2021

Alhamdulillah dah officially masuk 30 series dah suamiku. Pelik pula panggil suamiku ya, disebabkan member sekolah je. Pertama kali dalam hidup nak sambut birthday suami sendiri. Mak mertua rajin masak-memasak kalau birthday beliau dan panggil semua kawan-kawan untuk makan. Cik Timm je tak pernah datang walaupun dijemput, segan aih nak pi rumah kawan lelaki. Tengok-tengok tahun ni dah jadi suami sendiri dah.

 Sempat buat surprise order kek Mamasab dekat kawan. Konon nak baked kek sendiri, tapi tak larat betul nak berdiri lama-lama di dapur ni. 


Mak mertua masakkan masakan special, nasi minyak gee, ayam masak merah dan sayur campur. Cik Timm buat kambing bakar dengan sos cicah dan jelatah jer. Yang lain Cik Timm tolong mak mertua masak je. Lupa pula nak ambil gambar. Ada gambar potong kek jer, itu je yang sempat. Tak teringat dah nak ambil gambar makanan lain.


Surprise menjadilah juga sebab Mr. Roy tak perasan pun Cik Timm ambil kek dari member. Thank you Anis hantarkan kek walaupun tengah busy WFH. Nak order surprise bouquet tak beranilah dengan kes yang makin banyak dekat Kulim ni. Kalau boleh nak kurangkan contact dengan orang luar. 


Hadiah Untuk Mr. Roy?

Cik Timm ada belikan kasut untuk beliau di Shopee, tapi alahai tak muat pulak saiz tu. Punah surprise nombor 2. Aduhai, dah lah susah nak cari saiz beliau ni. Surprise nombor 3, tablet baru! Dah lama dah dengar dia pot pet nak tab untuk PDPR. Tapi dia cakap tunggulah sampai bulan 10 ni. Cik Timm pulak memang dah lama survey tab untuk kegunaan bisness dan blog. Akhirnya Cik Timm beli juga Samsung Tab S6 Lite untuk kegunaan kami bersama. Beli pun dari Shopee jer. This one surprise memang menjadi. Hihi. Ramai juga tanya tablet yang Cik Timm guna tu selepas share di IG story. Nanti Cik Timm share details dalam next entry.

Tadaa..

13 comments:

  1. Terserlah kebahagiaan sebuah keluarga besar..semoga kekal berpanjangan hungga ke hujung usia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik famili timm agk besar, bolehlah famili mertua tumpang merasa famili beso..

      Delete
  2. Nama memang fames betul hahaha.. sweetnyaa sambut birthday kan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..Happpy Birthday untuk suami CikTimm..Semoga panjang umur dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan serta diberikan kesihatan yang baik. Aaminnn...

    menjadi surprise ye tu. Seronok sambut birthday dengan family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, kita sambut kita2 jer lah, makan-makan, hihi

      Delete
  4. Happy belated birthday utk husband Cik Timm!

    ReplyDelete
  5. Salam, meriah sambutannya, surprise ke 3, menjadi Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, susah btoi nk buat surprise time pendemik ni..

      Delete
  6. Happy belated birthday untuk suami. Moga bahagia till jannah. Seronok tengok suasana keluarga bahagia!

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday buat mr roy

    ReplyDelete
  8. happy belated birthday utk suami tim semoga dikurniakan rezeki berganda dan kesihatan yg baik selalu aminnn

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com