Friday, July 02, 2021

DAY 2 Korea: Makanan Halal di The Halal Guys, Itaewon

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Entry bercuti di Korea ni panjanggg lagi, Cik Timm yang malas betul nak buat entry. Tapi setiap kali belek phone tengok semua gambar, memang akan rindu kenangan manis bercuti di sana.


Kali ni Cik Timm nak share salah satu restoran halal yang hampa boleh try kalau ke Itaewon. Itaewon ni memang wajib singgah sebab banyak makanan-makanan halal yang tersedia dijual di sini di sepanjang jalan menuju ke Seoul Central Mosque. Kami sempat juga bersolat jemaah waktu Maghrib di sini. Masjid dia memang cantik sebab atas bukit, waktu kami ke sana, ada beberapa buku travel dan peta yang diberi free untuk pengunjung. Tempat solat wanita pula disediakan di tingkat atas masjid. Tempat ambil wuduk pulak di luar masjid. Dekat sini bahasa Melayu/Indo memang banyak digunakan!



The Halal Guys



The Halal Guys ni makanan ala-ala Arab, dekat je dengan subway Itaewon Station (keluar Exit 2) cuma kena jalan sikit jer. Restoran diorang berada di Tingkat 2F, dari jauh memang nampak restoran berkonsepkan warna kuning dan merah. Restoran dia comei je, tak besar mana, tapi selesa. Hampa boleh order di kaunter dan bayar terus. Minuman pulak ambil sendiri, macam makan di Subway konsep dia. 


Actually The Halal Guys adalah street food dari US. Diorang kembangkan perniagaan dari tepi jalan sampailah boleh buka cawangan restoran di banyak tempat termasuk di Korea Selatan. Dekat Korea sahaja dah ada 3 cawangan, Itaewon, Gangnam dan juga Hongdae. Diorang tak nak buka dekat Malaysia jugak ke? HAHA! Yang penting makanannya Halal! 


Timm tak ingat pulak menu yang kami makan tu, tak silap ambil set Platters. Dapat dua air, dapat satu main dish dan satu side dish. Main dish dia sedap, ada nasi, daging, sayur, roti pita dan juga sos. Side dish dia pulak ala-ala messy fries. Sos diorang memang sedap. Tak silap The Halal Guys ni memang famous dengan white sauce dia yang SEDAP! Kami teruja gila sebab jumpa air Fanta Pineapple! Dok ulang refill air tu jer, hehe. 


Selepas perut kenyang, baru kami berjalan-jalan menaiki tangga ke Masjid Itaewon. Sebelum balik ke sarang pun kami bungkus makanan di street food area sini untuk makan dalam bilik malam nanti. Cuaca sejuk asyik lapar je. 

Nak balik memang pandai, tapi nak datang tadi sampai ada orang tempatan yang baik hati tolong kami cari jalan ke sini. Hehehe, ramai je orang korea yang peramah walaupun tak pandai nak speaking. Dah macam ayam dan itik bersembang. 

5 comments:

  1. Thanks share, manalah tau suatu hari nanti sampai ke Itaewon. Travel oversea memang akan guna masjid as indicator port makan halal kan? Aish rindunya nak sesat kat negara orang. Sambung tau cerita, rindu baca entry travel musim pandemik ni

    ReplyDelete
  2. Wah teringin nak jelajah Korea.Mekaseh share,mana tahu ada rezeki satu hari nanti boleh jejak ke sana😊.

    ReplyDelete
  3. Banyak makanan halal, macam macam boleh cuba tu. Nampak sedap makanan pilihan tu. okay boleh tapau sekali buat bekal.

    ReplyDelete
  4. Sini banyak makanan halal dr seoul.. entah bila boleh travel ni

    ReplyDelete
  5. hrp lps abis pandemik ni dpt laa ke korea n cari resto yg tim rekemenkan ni nnt ;-)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com