Thursday, September 02, 2021

Cik Timm Dah Beranak!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua! 
Tak sangka entry Sakit Contraction Bermula ini merupakan entry terakhir sebelum Cik Timm ke hospital sebab betul-betul tak tahan sakitnya. 

22.8.2021 (Ahad)
Makin kuat contraction, setiap 5 minit asyik sakit. Terus kejutkan Mr Roy untuk ke Hospital Kulim pukul 3am. Cik Timm genggam kuat lengan Mr Roy tu sambil jalan masuk mendaftar di Dewan Bersalin. Selepas diperiksa dengan doktor di situ dan diseluk, Cik Timm dah kena admit sebab dah ada bukaan 2cm. 


Sementara menunggu result swab test & mendaftar masuk Wad 9, kami tunggu je depan kaunter tu. Dekat situ Cik Timm rasa lain macam. Makin sakit dan rasa nak berak! Waktu tu rasa nak maki je semua sebab rasa lambat gila. So, nurse tengok macam teruk sangat, nurse nak check lagi sekali. Rupanya dah 7cm! Nurse tolak masuk dalam Labour Room no. 3. Allahu, waktu tu dah pukul 8.30am. Lama betul waktu yang berdetik time tu. Sempat bagitau Mr Roy dah masuk LB. 

Nightmare juga pengalaman sakit nak bersalin ni. Baju terus ditukar pakai gaun biru. Naik atas katil bersalin, besi tepi tu memang mangsa untuk Cik Timm genggam tiap kali sakit. Allahu, Cik Timm cakap nak berak, doktor cakap berak jer. Pundi kencing pun dikosongkan. Baby sebenarnya masih di atas, Cik Timm nak teran pun tak pandai lagi. Doktor suruh push, Cik Timm main push je until nurse cakap ‘Ya, PUSH macam tu!’. Owh baru tau cara tu betul, keep going pushing tapi bantuan vakum diperlukan. Allahu..

Waktu tu Cik Timm tak tahu apa benda yang jadi dekat bawah tu yang penting Cik Timm nak push keluar je, sampailah boleh dirasakan kepala baby dan bahu keluar. Lega sangat bila seketul kentang ni keluar! Hilang semua sakit! 

Kena gunting pun Cik Timm tak rasa, waktu jahit pun dah tak rasa apa. Siap boleh bersembang dengan doktor dengan tenangnya. Adoi rasa malu pulak dengan diri sendiri waktu sakit tadi. Disebabkan wad 9 masih penuh, Cik Timm dan baby stay je dalam LB tu. Lunch pun dalam tu, nak tidur pun tak selesa sebab dalam tu memang bising. Cik Timm takut Mr Roy risau sebab tak ada berita. Rupanya nurse dah call husband selepas kita dah selamat melahirkan. 


Tengahari baru Cik Timm update Mr Roy, bersusah payah turun dari katil ambil phone bawah troli baby. Petang dalam pukul 3pm baru dapat masuk wad. Nurse suruh husband tunggu depan pintu Dewan Bersalin untuk azan baby & ambil uri. Happy sangat dapat tengok muka Mr Roy depan mata. Lagi macam tak percaya kami officially dah jadi parents!

Masuk wad benda pertama nak buat, buang air. Dok tahan je dalam LB tu. Waktu ni bergerak cergas lagi. Rasa macam eh tak sakitnya beranak normal. Terus Cik Timm mandi bersihkan diri baru rasa segar. Lepas settle semua, agaknya kesan ubat dos dah habis baru terasa adoi bisanya. Nak duduk pun tak selesa, susah betul nak cari posisi yang selesa. 


Alhamdulillah baby dah berak dan kencing. Tinggal semalaman sahaja di wad. Esoknya dah boleh discharged setelah diperiksa dengan nurse dan doktor. Lega sangat dan memang tak sabar nak balik rumah! 

Pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Welcome to the world my #azfaridzki . Dengan rasminya Cik Timm dah jadi ibu 👶🏼.

#StaySafe semua!

Btw, Cik Timm berehat sekejap dari blog ya, jumpa nanti ya bila Cik Timm dah habis berpantang! 

21 comments:

  1. Alhamdulillah, tahniah awak kerana selamat melahirkan dan akak ucapkan selamat berpantang.. stay safe and take care..

    ReplyDelete
  2. Wah tahniah cik Timm dah jadi ibu, hospital Kulim ni sibuk dgn org covid maybe tu lambat nak masuk wad,

    ReplyDelete
  3. Tahniah Timm...welcome to the world of parenting. In sya Allah jadi parent yang terbaik utk anak2 yer.....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah selamat berpantang. Moga baby sihat selalu

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah Tahniah Cik Timm, nampak comel ibu dan anak, selamat berpantang. Stay safe.

    ReplyDelete
  6. syukur selamat..subahanallah

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..dah selamat..selamat berjaga la ya siang malam..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. dh jd mak2. Welcome to parenting life hahaha.. selamat berpantang

    ReplyDelete
  9. Tahniah. Welcome to parenting world.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..Tahniah dah jadi mak dah CikTimm. Mencabar masa covid ni kena buat swab test sekali. Selamat berpantang CikTimm..take care.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah... Tahniah & selamat berpantang.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, tahniah Cik Timm atas kelahiran bayinya. Selamat berpantang..salam kenal :)

    ReplyDelete
  13. Tahniah Cik Tim….seram me bayangkan sakitnya tu. So dah boleh berlari lah ye sekarang ni hihi…

    ReplyDelete
  14. Tahniah cik Tim…. Rasa lega ye bila dah keluo. Tak ingat dah sakitnya mcm mana. So sekarang ni cik Tim dah boleh berlari ke belum? Hihi

    ReplyDelete
  15. Tahniah Cik Tim…. Test dulu komen boleh muncul tak

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah, rezeki dapat bersalin normal. Tahniah Timm dan Roy. Semoga dapat mendidik amanah Allah ini sebaik-baiknya. So happy for both of u

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah.. Tahniah Cik Tim..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com