Wednesday, July 08, 2020

Mood Rajin Cuci Peti Ais

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua! Cik Timm punya laptop makin teruk keyboardnya, sesuka hati tekan sendiri. Dah la baru lepas mengalami kejadian seram beberapa hari lepas. Sebelum ni dah pernah hantar repair tahun lepas. Nampaknya cuma bertahan setahun je ribbon keyboard ni. 

Minggu lepas, sambil korek-korek barang dalam peti ais untuk masak, tiba-tiba terkemas peti ais pulak. Sambil masak sambil kemas. Wah, sangat produktif hari itu ya. Niat nak lap sikit je sebab ada air daging yang meleleh dekat lantai peti ais tu. Sepatutnya cuci dari atas ke bawah, Cik Timm terbalik pulak dari bawah ke atas. 


Peti ais ni dah lama, pintu pun dah tak boleh tutup rapat. Kena beli skru asing untuk lekatkan pintu tu. Selagi boleh guna kita guna je sampai betul-betul rosak. Sambil-sambil cuci, terjumpa cicak yang dah kering & keras! Allahu, menjerit satu rumah sebab Cik Timm ingat tu tangkai buah anggur! Selamba je pegang dan tarik!


Bekas cecomel banyak dekat rumah. Semua Cik Timm guna letak barang-barang. Kemas sikit daripada simpan dalam plastik. Barang-barang yang dah expired semua buang je. Lepas tu Cik Timm cuci peti ais dengan sabun tangan, wangi jer. Ada yang bagi suggestion tinggal lemon dalam peti aislah, letak esen vanila la. Cik Timm tak buat pun, cuci semata-mata dengan sabun tangan tu jer.


Peti ais ni disebabkan pintunya yang tak tutup rapat, air dari freezer selalu cepat cair lepas tu meleleh ke bawah. Jadi memang bertabahlah akan becak dekat bawah. Semoga ada rezeki lebih untuk tukar peti ais yang baru. Hahaha! Eh, jangan disebut, nanti dari elok tu terus rosak. Jenuh nak simpan barang dalam tu. 

Selepas dicuci dan disusun, barang dalam tu tak banyak mana pun. Semangat sikit nak masak-masak lepas tu, mementang kita dah tau barang yang ada dalam tu. Iya, selepas dari PKP ni baru rajin masak ya. Waktu PKP jadi malas sebab susah nak keluar cari bahan untuk masak, sedangkan memang malas 🤣

Tetapi, tempat freezer tak cuci lagi sebab dah malas dan lapar. So, perut lapar memang tak ada mood, dah kenyang malas pulak. Buruk perangai anak dara sorang ni, jangan ikut yer. Korang dekat rumah tu selalu cuci peti ais tak? Selalu cuci berapa kerap ye? Cer share sikit pendapat korang dekat komen 🌸🌸🌸

8 comments:

  1. Biasa mcm tu if dtg mood rajin nak mgemas, niat nak amik brg last2 tercuci sekali hehe

    Nmpk kemas dan bersih bila kemas kn ? Sejuk juga mata mmandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, xda niat pun nak cuci, tetiba tercuci oklah kan..hihi

      Delete
  2. Tak terfikir pulak nak beli pc, mahal tak kak? Sbb lappy tu dari zamn study so dah sampai masa dah kot. Hehe..

    ReplyDelete
  3. Bulan ni belum ada lagi bersihkan sepenuhnya peti ais. Harap tergerak jugak lah nanti nak bersihkan. Hahaha.

    ReplyDelete
  4. akak jarang2 jugak rajin nak ngemas fridge.. tapi bila mai rajin tu..
    mmg setiap ceruk fridge aku sental haha..

    ReplyDelete
  5. rajin dia mengemas...

    ikut mood cik tim... kalau rajin, lps kemas rumah semua benda nk kemas termasuklah peti ais. tp kalau mls tak yah ckp laa heheheeh

    ReplyDelete
  6. Kalau da xrapat tu biasa dia akan consume letrik lebih skit and da tak dapat sejuk secara efficient dah.. ...semoga dipermudahkan urusan mbeli peti sejuk baru

    ReplyDelete
  7. kalau dh berbau tu memang kena cuci la.. kalau dak busuk nk simpan segala makanan

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com