Hi semua, disebabkan Covid-19 kes semakin
meningkat di negara kita, bermula dari 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 Malaysia
akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan.
Antara Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah;
1. Larangan pergerakan dan perhimpunan
ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, social &
budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali
pasaraya, pasar awam, kedai runcit & kedai serbaneka yang menjual barangan
keperluan seharian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan aktiviti keagamaan di
masjid dan surau termasuk Solat Jumaat selaras dengan keputusan Mesyuarat
Jawatankuasa Muzakarah Khas yang bersidang pada 15 Mac 2020.
2. Sekatan semua perjalanan rakyat Malaysia
ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki
menjalani pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.
3. Sekatan kemasukan semua pelancong
dan pelawat asing ke dalam negara.
4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan
dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah
antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah
dan pra-universiti.
5. Penutupan semua institusi pendidikan
tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) serta institut latihan kemahiran di seluruh
negara.
6. Penutupan semua premis kerajaan dan
swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara, seperti air,
elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas,
bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba,
penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan,
peruncitan & bekalan makanan.
Sumber: Astro Awani
Diingatkan sekali lagi, ini bukanlah perintah berkurung tau. BUKAN PERINTAH BERKURUNG, so korang just stay at home. Selalu mencuci tangan dan jaga kesihatan masing-masing ya. Please stop PANIC BUYING jugak tau.
Hari ni dah umum extend tempoh. Sayu sedih rasa. Harap semua ni cepat berakhir. Aaminnn
ReplyDelete