Bagaimana persiapan anda untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Bagi aku sendiri, dah lama tak menyambutnya di rumah. Sebelum ini, rasa rugi jika membeli tiket kapal terbang untuk balik sedangkan cuti hanya sekejap. Kali ini, berpeluang untuk sambut dirumah!
Bang Cik aku awal-awal lagi dah planning perayaan kali ini untuk buat menu biskut yang simple. Semalam satu biskut dah siap, iaitu Biskut Mazola.
Kali ini, saiznya dikecilkan lagi*bukan kedekut, saja nak jadikan banyak , kacang pun tak over-cooked macam resipi sebelum ini. Biskut Mazola kali ini lebih putih menyerlah dan ada dua bentuklah pula. Aku buat bentuk bujur, abang buat bulat..
Merapu dua beradik ni semalam buat kecah didapur.
Biskut yang masak sekata adalah biskut yang dibuat sama saiz. Bagi mendapatkan saiz yang sama semalam, aku gunakan sudu comel bekas kudapan Nyam-Nyam zaman aku duluuuu... Dahsyat rumah ini, semua peralatan usianya lebih tua dari aku!
Dah siap satu tray dibakar, aku rasa kurang berpuas hati dengan palutan telur yang berwarna pudar dan pucat. Aku tambahkan pula dengan pewarna kuning. Tak pepasal biskut yang sama warna dan bentuknya berlainan*asalkan boleh makan
Lebih menarik kan warnanya?
Siap biskutnya, ingatkan dah lewat malam. Rupanya jam baru menginjak di angka 12.00pm. Sempatlah layan cerita inggeris bersiri Beauty & The Beast di TV2. Ada sesiapa yang layan cerita yang sama?
Setiap Khamis, 12.00PM di TV2 |
Kristin Kreuk yang cantik berlakon! Saya suka! Saya suka!
p/s: belum rasa fefeeling raya lagi..
sis nak buat biskut juga ... dah google resepi biskut mazola . terlepas lah pulak nak tgk beauty n the beast . dr tu rajin betul tlg polis tu kan .
ReplyDeletesis panggil biskut ni , biskut kacang ...
ReplyDeletejam 12.00 malam tu pun pada saya dah lewat sangat tau.. haha ^^
ReplyDeletecik fafa raya haji tak dak pun kuih raya.
ReplyDeletebeauty and the beast my fav jugakk! dah habis pun tengok sampai season 2. kristen kreuk pun fav since smallville..hehe