Sunday, July 01, 2012

Jatuh Motor

Aduhai, dalam tengah-tengah aku kesakitan ni sempat jugak aku nak mencoretkan sesuatu. Sebagai penunggang motosikal yang berkaliber, akhirnya tersungkur di jalan juga. Bukannya apa, baru rasa nak seronok-seronok nak makan supper abang cik aku nak belanja. Nasib tak menyebelahi aku.

Aku mula rasa tak sedap hati dengan lampu kereta yang depa dok pasang tinggi. Banyak pulak kereta yang pasang lampu tinggi. Tiba-tiba, aku rasa motor skuter Charisma yang aku tunggang ni masuk dalam lubang! Aku terus hilang kawalan!

"POMPUAN-POMPUAN!"
"JATUH SENDIRI"
"AMBULANS-AMBULANS"

Aku mula rasa orang sekeliling kejutkan aku. Bising betul tak bagi aku tutup mata! Ada seorang perempuan yang baik hati tolong kutipkan telefon bimbit aku. Dia suruh aku telefon family. Aku cuma ingat abang cik aku ja. Bunyi ambulans semakin dekat. Aku ditanya bahagian badan yang sakit dan aku mula diusung ke dalam van ambulans.

Aku mula rasa kebas di seluruh badan aku. Tangan kanan, pinggang di sebelah kiri dengan kaki kiri aku sakit sangat-sangat. Ya Allah, janganlah sampai ada tulang belulang aku yang patah! Kakak aku pulak dah sampai. Aku dibawa masuk ke bilik X-ray. Nasib baik, kakak aku ada. Faham-fahamlah kan, kalau kita nak X-ray prosedurnya macamana..Dah la dua-dua orang peng'x-ray' tu lelaki.

Alhamdulillah, aku selamat. Tak ada mana-mana bahagian yang patah, cuma luka-luka dalam saja. Aku direhatkan sementara air yang dicucuk dalam badan aku habis. Aku nak tidur sekejap pun tak boleh sebab ramai saja pesakit masuk. Macam-macam kes. Aku sekadar dengar dan perhati air yang masuk dalam badan aku saja. Bila aku boleh balik nie! Boring!

Nurse pun masuk untuk cuci luka aku. Fuhh!! Memang sedap dia nak cuci luka tu dengan iodine. Mantap! Habis saja, aku diberi ubat sapu dan makan. Selesai, aku keluar dari bilik. Nasib baik diorang simpan slipar aku lagi. Menunggu kakak aku pulak. Kak Ina aku yang tunggu. Aku kena balik dengan kereta kakak aku yang seorang lagi tu.

Sesampainya rumah, luka aku bertambah parah dengan darah mengalir keluar..

Topi keledar yang selamatkan aku dari kehilangan nyawa..MAYBE??
Seluar jeans yang selamatkan kaki aku dari luka parah..MAYBE??
Darah yang sentiasa mengalir keluar.
Kaki kiri aku yang agak ..
Tangan kanan terkoyak sikit
Calar sikit je..
Semoga aku cepat sembuh. Aku sekarang ni bukannya dalam mood cuti semester. Tapi, tengah praktikal. Cubaan bagi aku sekarang ni..Ya Allah..

4 comments:

  1. cobaan.
    gerun tgk luka2 tu

    cik timah ada mana skrg?semenanjng atau di sarawak?

    ReplyDelete
  2. @qasehnyarania: he3..sarawak..still study g..

    ReplyDelete
  3. dah sihat dah kot sekarang nih?? huhuhu

    ReplyDelete
  4. @nazrie: alhmdulillah..da ok da pun.. ;)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com