Wednesday, November 16, 2016

Cik Timm & Braces?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Setelah berbulan-bulan ada kekuatan ala-ala superman, baru berani ke Klinik Pergigian Dr. Juliana. 
Dah semangat nak berjumpa doktor, klinik full house pulak. Terpaksa buat temujanji, itu pun next month, November baru doktor free.


Tunggu punya tunggu! Cik Timm dah minta cuti untuk appointment doktor. Sehari sebelum temujanji, staff dari klinik dah call untuk confirmation. Cik Timm betul-betul dah terlupa, nasib baik depa ingatkan.


16/11/2016 - RABU
Doktor cek gigi bawah & atas dan tengok apa masalah gigi kita. Gambar gigi pun diambil untuk rekod. Ku sangkakan gigiku ini tidak serius. Tapi, rupanya bermasalah! + gigi perlu dicabut 4 batang!
Terbeliak kejap dengar doktor kata gitu. Auwww, aduhai..

Tapi, untuk hari ni, gigi belum dicabut. Tapi dah dipakaikan braces untuk biasakan mulut dengan bendasing ni. Memula nak tutup mulut dan bercakap dengan doktor sampai bersembur aiq liuq. Ngehngehngeh, tabah je doktor kasi aku cermin muka untuk tengok sendiri rupa dengan benda alah ni. Cara gosok gigi dengan betul guna berus comel macam berus basuh botol susu baby. Satu lagi benda macam gummy2 kaler putih macam hot glue gun letak dekat bracket yang tajam.


Untuk temujanji pertama, Cik Timm bayar deposit 1k. 

Di klinik ini ada sediakan 3 rawatan orthodontik yang boleh dipilih,
1. Conventional: RM3500
Deposit: RM800
Setiap bulan: RM150

2. Self-ligating: RM5000
Deposit: RM1000
Setiap bulan: RM200

3. Ceramic: RM7000
Deposit: RM1500
Setiap bulan: RM250

Selesai rawatan, balik rumah gigi rasa ok jer. Sambaq sepinggan nasik, sekali Cik Timm tak dapat mengunyah langsung. Huwa!! Sepinggan nasi pun setengah jam makan baru settle. Melekat habis segala ulam dengan nasi kat celah braces tu. Mak aihh..

Sabar jelah, diri sendiri yang cari penyakit kan..


The moment bila pakai bracket+arch wire baru nampak begitu teruknya gigi anda. Sebelum ni dapat senyum dengan konfidennya. Lepas ni, senyum malu-malu gittew..

p.s. dah mula rasa berdenyut-denyut dekat gigi ni..

14 comments:

  1. bertabahlaa cik timm oi..betul laa org ckp beauty is pain..hihihi

    ReplyDelete
  2. beraninya cik timm kita niii....semoga cpt sembuh dan boleh senyum lbh menawan lps ni ya ;-)

    ReplyDelete
  3. mahalnya hoho nasib baik gigi sy dah sedia tersusun cantik so tak payah buang duit hehheehh

    ReplyDelete
  4. owh.. patutla pi "cari penyakit".. hahaha..
    comel la lepas ni pakai braces..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, sekarang ni xcomel la eh ..kikiki

      Delete
  5. Replies
    1. klinik ni yg antra pling murah kt sini kak..

      Delete
  6. Cik tahu tak area kl mana yg bayar bulan mcm nie jugak ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai kwan timm area kl buat klinik gigi area ampang sebb murah, pling murah klinik dr ismail kot?? klau xsilap la..
      tapi semua klinik mmg akan byar bulan2, cuma beza brapa ja kos tu..

      Delete
  7. Braces ni sllu pakai brpe lme? 2tahun ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung pada keadaan gigi kita sndri, lgi cepat gigi sama, cepat masa rawatannya..

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com