Saturday, October 07, 2017

Pengalaman 11 Bulan dengan Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua, letih nak kira ikut hari, kita ikut bulan pulak ye. Masuk bulan dah depan setahun dah Cik Timm bergigi besi. 

Selepas lebih kurang 4 bulan tak berjumpa doktor gigi untuk review kerana doktor cuti bersalin, hari ni dapat jumpa. Getah power chain sampai tukar warna oren sebab lama sangat. Cik Timm sepatutnya berjumpa minggu depan, tapi ditukar tarikh kerana Cik Timm dah bekerja office hour. Cuti hanya Sabtu & Ahad sahaja. Nasib baik Klinik ini dibuka hari Sabtu.


Awal pagi Cik Timm dah menunggu kerana dah agak akan ramai pada hari minggu. Memang ramai sangat beratur walaupun jam baru menunjukkan pukul 8.30am. Klinik dibuka 9am. Cik Timm orang pertama tadi tau. Lega dalam 15 minit dah settle. Penat menunggu je, lagipun ramai pelanggan melayu ke klinik ni. Agaknya kerana doktor perempuan, ramai yang selesa. 


Lega selepas tukar, rasa gigi bersih je. Bahagian atas gigi Cik Timm ditukar dengan besi baru dan ditukar getah baru. Cik Timm cari warna hijau, tak ada pulak. Bulan ini Cik Timm masih setia dengan warna hot pink! Gigi arnab pula dibuka bracket dan dipasang balik sebab tak lurus. 

Lebih suka pakai getah yang ni sebab senang dibersihkan berbanding power chain. Bahagian belakang gigi, getah tak dipasang pun, senang nak berus gigi selepas ni!

Moga-moga cepatlah gigi ni beri kerjasama. Dah tak sabar nak buang aih. Nak senyum dengan lebih confident selepas ni. Sekarang ni senyum cover sebab ada gap besar di gigi. Sedih...

Nak tau cerita lain tentang cerita braces, boleh cari dalam entry-entry lain dalam ni tau.

Happy Weekend Guys!

13 comments:

  1. Makin cantik la gigi Cik Timm yer...

    ReplyDelete
  2. lepas ni comei dia nanti...
    fuhh..ramainya menunggu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, ramai idak le kak azi, kite da tua da..hihi

      Delete
  3. cantik warna hot pink tu haha follow sini, salam kenal 😊

    ReplyDelete
  4. diam x diam dah nk dkt sethn ya timm...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...
    1st time aida landing sini...
    teringin nak membraceskan gigi.
    tapi tu la. da terlambat, dah tua.

    ReplyDelete
  6. macam elok gigi Tim sebelum ni.. tak pe lah.. jaga lek lok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, masalah gigi sebelum ni xnmpk sangat sebab bermasalah kat dalam..haha, sekarang ni dah ok dah, alhmdulillah..

      Delete
  7. tersusun elok dah gigi timm....cantikkk

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com