Friday, November 17, 2017

Pengalaman Setahun dengan Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

4.11.2017 - Akhirnya dah setahun Cik Timm bergigi besi. 

Tak sangka sekejap je masa berlalu. Untuk bulan ni Cik Timm try warna biru metalik pula. Warna yang ada glitter-glitter ni tahan lama sikit berbanding warna biasa. Sebab dulu Cik Timm dah try warna hijau metalik, serius tahan lama warna dia. Tak pudar langsung!

Tapi kali ini punya sakit selepas review memang Allah sahaja yang tau. Dalam seminggu juga sengal-sengal sampai naik ke kepala. Kenapa? Sebab doktor dah letak getah pengikat antara gigi geraham dan gigi siung yang ada gap/jarak tu.


Mak aih, mood hilang terus. Nak makan pun Cik Timm makan nasi yang extra kuah sebab lebih lembut. Ayam pun Cik Timm tak makan, makan tokua atau sosej je sebab lembut dan senang gigit. Sambil makan, sambil menitiskan air mata seminggu. Tapi seminggu je, settle seminggu terus ngap-ngap western di Pak Mat Western!

Hmm, dalam masa setahun Cik Timm pakai braces, macam-macam soalan orang tanya. Selalu orang tanya,

Sakit tak?
Harga berapa?
Berapa lama dah pakai?
Buat dekat mana?

Cik Timm tak kisah pun, siap promote lagi kalau betul-betul serius nak pakai.

Alif Satar pun dah hensem selepas bergigi besi, hahaha!

Tetapi, Cik Timm paling tak suka orang cakap,

"Banyaknya duit hang dapat pakai braces!"

Mula-mula, AMINNNNNN sebab cakap Cik Timm duit banyak, 40 kali orang kata, terus kaya raya dibuatnya!

Makin lama rasa annoying! Cik Timm punya kumpul duit untuk pasang braces ni. Dari sejak mula kerja Cik Timm kumpul tiap-tiap bulan masukkan dalam sampul untuk dapatkan rawatan braces ni. Tak best la bila orang cakap kau banyak duit untuk pasang braces ni. Lagipun bukan untuk suka-suka, untuk kesihatan dan kebersihan gigi. 

Lain orang lain pandangan kot. Sama juga macam kau minat makeup, confirm la kau sanggup berhabis duit tiap-tiap bulan topup barang makeup. Cuba kau total balik semua barang-barang awak tu. Agak-agak berapa dah habis??

Eh, teremo pulak kau sorang-sorang Cik Timm oii.

Cik Timm tak kisah pun orang nak cakap apa, ada yang cakap nak berhipster bagai macam budak sekolah. Do I care? Bukannya Cik Timm pakai duit awak. Ada ke Cik Timm minta derma sorang sikit untuk pakai, tak kan? So, please jangan nak mengecam orang lain. 

Minta maaf emotional lagi.

Haha! Korang pun ada pengalaman tak pakai braces? Jom share?

6 comments:

  1. akak paling tak suka orang cakap "membazir duit je. baik beli makan/travel/kete/rumah/kahwin blablabla". sibuk aje..bukan mintak duit dia pun.

    berapa lama lagi pakai braces ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan3, lagi setahun kot..hopefully cepat lah nak bukak..hihi..

      Delete
  2. tak pernah ada experience guna. tapi ramai juga kawan yg pki braces sejak zaman belajar dulu. mesti gigi timm dah much ok kan skrg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, perubahan positif..gigi bongsu pun baru dapat keluar dgn jayanya..hehe..

      Delete
  3. aritu nak pakai braces...tp doktor kata...gigi tak sesuai sbb byk gigi susu hahaha...

    ReplyDelete
  4. lantak laa ckp2 org. kite gn duit kita. x gn pn duit diorg. kita buat bkn nk sokong fake dentist tu. kita buat utk beri keyakinan (reward) diri... yg penting kita tau niat asal knape kita nak buat / pakai kan...

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com