Sunday, January 28, 2018

Pengalaman Setahun Dua Bulan dengan Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!

braces, braces malaysia, klinik swasta

20.02.2018 - Seterusnya warna peach, tak ingat pernah pakai ke tidak warna ni. Main pilih je, tak tau nak pakai warna apa dah.

Doktor bagitau, next month baru Cik Timm pakai power chain balik. Sakit tu power chain, memang seminggu lah sengal-sengal. Don't care, asalkan gigi cepat cantik!

Kali ini dah kali ke-11 appointment gigi. Pagi tu Cik Timm terbangun lambat, kalut bersiap ke klinik. Nasib baik tak ramai lagi yang beratur, Cik Timm giliran no. 3 je. Sekejap je settle sebab tukar getah je. Bukannya apa, Klinik Pergigian Doktor Juliana ni sentiasa ramai orang. Dulu Cik Timm ke sini kerusi menunggu sikit je, sekarang dah banyak kerusi yang disediakan. Itu pun ada yang perlu berdiri sementara menunggu rawatan.

Semoga klinik ini terus sukses, bukan senang nak jumpa Doktor melayu wanita pakar dalam pergigian. Kemudahan untuk para wanita kan? Sebab tu ramai perempuan yang datang ke sini. Agaknya lebih selesa. 

braces, kpdj. klinik pergigian doktor juliana

Tak sabar nak menunggu gap ni hilang. Buat masa sekarang, kadang-kadang rasa sakit juga bila cangkuk besi tu bergerak ke tempat baru. Senang bibir terluka dan ulser. Cik Timm dah stand-by krim Bonjela dalam simpanan.

Cepat bukak braces, cepatlah Cik Timm mencari cinta. Eh???

Jom kongsi pengalaman anda berbraces. 
Ramai yang mencari info mengenai braces ni tau!

Untuk keterangan lanjut kos rawatan boleh ke sini tau.

8 comments:

  1. singgah sini! saya pun pakai braces juga dulu rajin update perkembangan braces tapi sekarang dah jarang.huhu. btw follow sini :) #441 https://sayesyadiya.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. berapa kos waktu pasang ni tim..sis pun plan nak pasang jgk..dah setahun 2 bln..jap je masa berlalu..tempoh masa kalau pakai 2 thn ek? ke bergantung kepada keadaan gigi

    ReplyDelete
  3. la.. dah setahun lebih rupanya.. cepatnya masa berjalan..

    ReplyDelete
  4. sikit lagi Timm sikit lagi.. u can do it !!

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com