Saturday, December 29, 2018

Review: Sunblock BIORE UV Perfect Protect Milk SPF50+ PA+

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua, lama tak buat honest review kan? Untuk kali ini Cik Timm nak share satu dari sunblock yang ok dan suitable dengan kulit. Cik Timm mula pakai dari bulan November lepas. Disebabkan seorang penunggang motosikal tegar, hari-hari naik motor untuk kerja atau keluar ke mana-mana. Jadi kulit senang terdedah dengan matahari. 


Apa yang Cik Timm suka dengan produk ni?


- Senang meresap dengan kulit
- Tak rasa berminyak kalau pakai



Botol packaging pun comel, boleh masukkan dalam bag. Senang dibawa ke mana-mana dengan sunblock yang berjumlah 25mL ini. Hujung tiub jenis muncung senang mengeluarkan cecair dan tak messy. 

Cara pemakaian;

Dari pembacaan blog ImanAbdulRahim, sunblock harus dipakai sebanyak 2 jari tangan. Sebelum ni pakai ciput je konon nak jimat. Sedangkan sunblock tu susah nak habis. Tak payah nak kedekut nanti awak calit-calit tu tak berkesan dan sia-sia je awak. Cik Timm pakai di muka dan guna tangan. 




Tekstur dia agak cair dari Banana Boat punya jenama. Cik Timm guna Banana Boat kalau buat aktiviti ekstreme macam bersukan atau bercuti di pantai. Tekstur dia lebih pekat dan ada efek putih kalau pakai. Memang sedikit berbeza dari Biore ni. Much greasy & berminyak sikit.

Harga;

Tak ingat pulak beli berapa yang pastinya under RM20 jer. Oklah sebab pakai 2 bulan masih banyak lagi.

Bahan-bahan terkandung;

Water, Cyclopentasiloxance, Zinc Oxide, Alcohol, Ethylhexyl methoxycinnamate, Lauryl Methacrylate/Sodium Methacrylate Crosspolymer, Dimethicone, Isopropyl Palmitate, Talc, Glycerin, PEG-32, Methicone, PEG-12 Dimethicone, Polysilicone-9, PEG-3 Dimethicone, Fragrance, BHT, Tocopherol, Oryza sativa Germ Oil, Phenoxyethanol, o-Cymen-5-ol

Mungkin bagi kulit yang sensitif dengan alkahol tak sesuai dengan produk ni. Lain orang, lain kulit mukanya. So, kena rajin untuk mencuba. Kulit Cik Timm jenis normal dan sesuai dengan semua produk. Kadang-kadang je break-out sebab period atau tidur tak cuci muka! 




Sunblock ni pun dah nak habis dah jangka hayat dia bulan Februari tahun depan. Nampaknya kena habiskan juga. Sayang sebab jenama ni mahallll...


Korang pulak pakai jenama apa untuk sunblock atau tak pakai langsung? Sunblock ni sangat penting tambahan untuk kita yang tinggal di negara yang menerima cahaya matahari direct. Boleh kena kanser kulit dan juga jeragat di masa tua nanti. Jeragat susah nak hilang tau!

p.s. this is not a sponsored post tau ❤

15 comments:

  1. Xpernah pakai plak sunblock..
    Tpi ada baca gak elok klau pakai

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak pakai sunblock. Tapi review ni nampak menarik. 😁

    ReplyDelete
  3. sy jarang pakai sublock, btw happy new year 2019

    ReplyDelete
  4. cik en pakai banana boat tu klu gi snorkeling.. hiihihih...

    happy new year timm

    ReplyDelete
  5. Nampak semua best.. lg tinggi spf lg bagus

    ReplyDelete
  6. kak , kalau tarikh dah habis and tak sedar , pastu pakai jugak , muka akan jadi camne ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau org tu ada kulit muka sensitif mungkin akan bagi kesan buruk macam break-out ke,..

      Delete
  7. Kalau kulit sensitif n oily suggest sunscreen apa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try sunscreen yg xda alcohol, boleh try skin aqua punya brand, yg tu just nice jer dekt kulit..

      Delete
  8. Untuk ibu mengadung boleh pakai tak sunscreen biore uv protection tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xsure pulk, tpi based on bhan dia xda pulk yg bgi kesan buruk utk ibu mngndung,, better tanya doktor yg lebih pakarr..

      Delete
  9. Kalau untuk kulit muka yang berjerawat tu sesuai pakai yang mana ye ?

    ReplyDelete
  10. Bawah botol tu tarikh pembuatan @tarikh luput?sekadar nak tau jesb saya beli tarikh tu tulis 201021

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com