Sunday, December 09, 2018

Notis Penutupan Sementara Jambatan Sungai Kulim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!



Hmm, buat masa sebulan ni kena jalan jauh sikitlah kalau nak keluar ke mana-mana. Mana tidaknya jambatan berdekatan dengan kampung Cik Timm ditutup sementara kerana pembaikan jambatan. 

Jambatan ditutup bermula;

6 Disember 2018, Khamis (6pm) - 4 Januari 2019, Jumaat (6pm)

Baru tau sini Jambatan Sungai Kulim, asyik sebut Jambatan Sungai Ulaq je. Jambatan kecik comel ni boleh dikatakan main road untuk semua kenderaan untuk ke Taman Kenari, Taman Tiong, dan juga Pekan Kulim. So, bilah dah jadi macam ni memang memberi kesan terutama sekali kepada penduduk sekitarnya. Ada yang kenal tempat ni dengan tempat jual lemang Sungai Ulaq.



Cik Timmlah salah seorang yang terasa tempiasnya sebab kampung betul-betul sebelah jambatan tu je. Nasib baik sekarang ni musim cuti sekolah. Kalau tak memang lagi sesak jalan. Sebagai pengguna yang selalui melalui kawasan jambatan itu memang rasa macam bonggol jalan atau retak di jambatan tu. Baguslah kalau JKR mula mengambil tindakan sewajarnya sebelum kemalangan jiwa yang mungkin akan berlaku jika terus dibiarkan. Sebagai pengguna, bersabarlah dan rancang perjalanan anda dengan bijak. Hurm, kena keluar kerja awal!

Bertabahlah kena guna jalan yang sedikit jauh dari kebiasaaannya. Nak keluar rumah, nak ke pasar pun jadi malas sebab jauh. Hehe..

4 comments:

  1. Rasa mcm nk nmpk dah titi kt mana. .. Sebelum titi tu ada kedai makan kan. . Dulu kami dok tama merak

    ReplyDelete
  2. peh sebulan jugak tu tutup. semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. jauh nampaknya nk kena pusing

    ReplyDelete
  4. Susah-susah sekarang. Nanti dah siap jambatannya senanglah kan...

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com