Sunday, October 15, 2017

Tombiruo: Penunggu Rimba dapat tengok abang sado!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Cik Timm dah menonton filem Tombiruo, Penunggu Rimba karya novel Ramlee Awang Murshid



Memang dah lama tunggu sampai Cik Timm sanggup beli novel tersebut sebelum menonton. Lagipun abang sado Zul Ariffin berlakon pulak. Lagi tergedik-gedik nak tengok walaupun tau dalam jalan ceritanya memang tak akan tunjuk muka beliau. Kiranya dalam cerita ni, Zul Ariffin hanya tayang body sahaja, bukan muka, hahaha!

Sinopsis dari buku novel:
Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama
kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemuadian dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri. 

Buat pengetahuan semua, filem ini jalan ceritanya lain dari novel yang dibaca, sebab masa Cik Timm menonton thriller memang garu kepala sebab ada scene yang tiada dalam novel. 

Sinopsis dari filem:
Tombiruo yang merupakan lagenda dan mitos ini adalah seorang pemuda yang jiwanya memberontak, lelaki yang tiada berwajah manusia dan seorang yang dibebani kesaktian yang tidak dapat dikawalnya sehingga dia sentiasa memakai topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya. Apabila bapanya terbunuh dalam satu insiden ketika sebuah projek empangan bakal dibangunkan, Tombiruo bersumpah mahu membalas dendam terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap kematian bapanya. 

Genre: Aksi/Drama
Durasi: 1 jam 55 minit
Pengarah: Astro Shaw
Pelakon: Zul Ariffin. Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Dynas Mokhtar, M. Nasir, Faye Khusyairi, Marlia Musa, Farah Ahmad, Atu Zero.

Rujukan: IMDb

Bagi Cik Timm, cerita dia memang agak best dengan aksi-aksi lawan dia. Boleh tahan, tapi kita expect cerita novel sama dengan filem sebab memang lain. Watak dalam novel yang utama memang ada dalam filem cuma jalan ceritanya diubah dan banyak cerita tentang Tombiruo punya kuasa mistik sebagai penjaga hutan. Agak menarik ada cerita melayu yang ala-ala ada kuasa magik ni. Cik Timm kasi 3/5 bintang 👍

Sumber

Dipetik dari MyMetro Online, penulis Ramlee Awang Murshid menyatakan jalan cerita ini tidak sama dengan novel kerana agak mustahil untuk dimuatkan keseluruhan novel di dalam satu filem. 

Sumber

Jadi kalau anda semua nak menonton di pawagam pun dialu-alukan. Cuma mungkin akan buat pembaca novel yang expect penceritaan sama dengan novel agak kecewa. Tapi untuk filem ini penceritaan watak Tombiruo memang menarik!

5 sebab kenapa perlu menonton:

1. Ada abang sado Zul Ariffin, wau! Dapat tengok bodynya yang sasa dan merecik itu..

2.  Tombiruo ada kuasa superhero ala-ala marvel tau!

3. Aksi lawan dia memang best, dan ada slow motion pergerakan yang jarang ada dalam filem melayu.

4. Dengan adanya Atu Zero, cerita yang agak serius ni ada juga babak lawak walaupun tak banyak.

5. Last cerita, jangan keluar wayang lagi tau! Ada surprise!!

Dah tengok ke belum tu? Kongsikan sikit pandangan anda mengenai filem ini 👇

12 comments:

  1. Herm menarik..amboi Timm kemain lagi ya puji badan Jul Aripin..hihi..

    ReplyDelete
  2. ramai juga yang review menarik cerita ni...bolehlah layan dengan anak-anak nanti.

    ReplyDelete
  3. br bc news td... kt nyer bar 4 hari dah dpt rm2 juta filem ni fuhhh dasat...

    ReplyDelete
  4. Jarang cerita melayu Ada abg sado Gini kan

    ReplyDelete
  5. Ramai memuji filem ini best..

    ReplyDelete
  6. nak tengok tapi xdak geng.. tunggu jela nanti2 lambat sket tengok hehe..

    ReplyDelete
  7. Agak-agaknya berapalah total collection movie ni ye...

    ReplyDelete
  8. betul..basic jalan cerita sama tapi banyak jugaklah ubah bagi moden.rasa dalam novel takde akar menjalar semua tu.huhuhu. Watak artu zero pun takde. tapi oklah filem ni. something yang baru

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com