Thursday, December 14, 2017

XIAOMI REDMI NOTE 3 SMARTPHONE BUDGET PILIHAN TERKINI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua! Smartphone atau telefon pintar merupakan salah satu dari keperluan di masa kini, bukan kehendak lagi seperti dulu. Cik Timm nak share satu telefon pintar yang boleh anda pertimbangkan untuk dijadikan pilihan dalam memilih telefon pintar. Cik Timm pun nak mencari telefon pintar baru, mana tau satu hari nanti telefon yang sedia ada ni mula buat perangai sebab dah 1 tahun LEBIH Cik Timm GUNA!
Xiaomi Redmi Note 3
MEMORI PENYIMPANAN YANG BESAR
Xiaomi Redmi Note 3 telah dikeluarkan pada tahun lepas, 2016.  Telefon pintar ini didatangkan dengan dua versi iaitu, 2GB RAM dengan 16GB storage dan 3GB RAM dengan 32GB storage. Paling menarik, telefon ini merupakan Dual SIM iaitu mampu menggunakan 2 sim card sekaligus. Tak perlu susah-susah untuk membeli 2 telefon untuk menggunakan kedua-dua nombor. Paling syok dua-dua nombor boleh digunakan sebagai sim card yang utama untuk mobile data. Telefon Cik Timm yang sekarang tak boleh buat mode macam tu, kena tukar sim card slot. Menarik bukan?
SAIZ YANG BERSESUAIAN
Saiznya juga tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil, kiranya sesuai untuk saiz tangan kita. 150 x 76 x 8.7mm (5.91 x 2.99 x 0.34 inci), comel jer. Bentuknya yang nipis dan melengkung di tepi memudahkan penyimpanan. Maklumlah seluar wanita ni ketat sikit dibahagian pinggul. Kalau handphone besar memang susah nak sumbat di dalam poket. Tangan kita yang kecil ni pun senang nak genggam untuk selfie atau welfie. Tak perlu aksesori macam ring tu untuk dilekatkan di belakang telefon.
KAMERA YANG CANTIK DAN JELAS
Selalunya untuk perempuan dan blogger macam Cik Timm aplikasi paling penting adalah kamera! 16MP untuk kemera depan siap dengan 5-elemen lens, dual-LED (dual tone) flash. Selain itu, aplikasi lain yang ada seperti Panorama, Straigten, Manual mode, Scene, mode Timer dan HDR. Untuk penggemar selfie, telefon ini dilengkapi dengan 5MP untuk kamera belakang dan juga ada 36 smart beauty profiles. Senang boleh upload gambar selfie cantik-cantik dalam media sosial tanpa aplikasi lain, haha!
SISTEM UNLOCK YANG CEPAT & MUDAH
Edisi Redmi Note 3 ini dilengkapi ciri keselamatan baru yang menarik iaitu UNLOCK telefon dengan hanya menggunakan sentuhan. Sistem ini telah dicipta dari Qualcomm Secure Execution Environment. Tak perlu lagi susah-susah buat password guna pattern atau mengingat nombor. Telefon pintar anda lebih selamat! Orang luar nak curi pun pening nak buka phone anda.
SESUAI UNTUK KAKI GAMERS
Telefon pintar ini juga sesuai untuk golongan pria-pria yang kaki games! Ini kerana telefon ini dilengkapi dengan dua teras A72 dan 4 teras A53 untuk memastikan anda boleh melaksanakan pelbagai tugas dalam satu masa. Di samping itu, dengan CPU Snapdragon 650 64-bit dapat menjimatkan hayat bateri walaupun anda sentiasa bermain game! Selain itu, telefon ini dilengkapi dengan grafik prestasi tinggi. Mesti puas hati nak main dengan games yang nampak jelas dan tak hang. Selalu Cik Timm kalau keluar dengan kawan-kawan lelaki, 80% semua main Mobile Legend! Lepas tu asyik curi Powerbank kita tau. Lagi satu, diorang selalu tak dapat nak install game banyak-banyak dalam satu telefon. Rugi kan?
HARGA MAMPU MILIK
Mencari telefon pintar yang berharga bawah dari RM1000? Xiaomi Redmi Note 3 adalah jawapannya! Anda boleh dapat harga Xiaomi di Malaysia dalam range RM749 - RM849. Xiaomi di Malaysia adalah salah satu pengeluar telefon pintar yang mengeluarkan produk  dengan pilihan telefon pintar yang berpatutan.
Masih mencari telefon pintar yang sesuai? Cik Timm dah pun jumpa bermacam-macam portal laman web untuk kita cari. Tak perlu susah-susah keluar ke setiap kedai telefon bimbit di mall. Hanya dengan satu klik anda boleh dapat telefon bimbit terus di depan pintu rumah anda.

5 comments:

  1. Menarik ni, boleh grab sebijik...

    ReplyDelete
  2. Xiomi nie mmg nmpk menarik kn nipis je

    ReplyDelete
  3. hmm.. kalau dah perempuan mesti nk tgok kamera depan.. hahahah

    ReplyDelete
  4. colour pun lawa.. yang Silver tu cantik =)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com