Hai semua!
Menjelang PKP ni macam-macam boleh
kita buat aktiviti untuk mengisi masa lapang. Salah satunya kita boleh check
kulit wajah kita atau recheck balik semua produk kosmetik yang kita guna. Ada
yang dah expired boleh dibuang, atau ada produk yang kita beli tak sesuai tapi
masih simpan, bolehlah kita kemas balik apa yang ada. Cik Timm dok kemas-kemas
rupanya banyak juga barang. Mana tidaknya, dulu kan kerja di Penang. So, ada
barang yang Cik Timm beli duplicate supaya senang kalau balik kampung. Tak
payah nak bawa banyak barang. Dah la Cik Timm ni penunggang motosikal. Dah jadi
rutin KULIM-PENANG. Rasa dekat je sebab dah biasa walaupun hanya menunggang
motosikal.
Cara Untuk
Mengenalpasti Kulit Wajah
Selepas korang cuci muka
bersih-bersih, tunggu dalam 30 minit, atau 3-4 jam. Jangan pakai apa-apa produk
pun tau.
Menggunakan Tisu Biasa
atau Blotting Paper
Ambil tisu koyakkan kepada 4
bahagian, tepek je dekat dahi, kiri kanan pipi dan dagu.
Kulit Normal
Tisu tadi melekat sekejap sahaja, dan
jatuh. Ataupun tengok dengan mata kasar, kulit biasa, tak nampak bersinar tidak
menggelupas. Itu tandanya anda berkulit normal.
Kulit Kering
Tisu tak melekat langsung, letak je
terus jatuh. Kulit Nampak menggelupas, kasar dan kusam.
Kulit Berminyak
Tisu semua melekat di muka. Kulit
muka nampak berkilat dan berminyak. Kalau sentuh kulit muka boleh rasa oily.
Kulit Kombinasi
Kalau kulit kombinasi selalunya di
bahagian T-zone iaitu dahi dan hidung berminyak, manakala di bahagian pipi
kering. So, tisu akan melekat dekat dahi, dekat pipi tisu tak melekat pun dan nampak
pipi kering dan pori-pori jelas kelihatan.
Kulit Cik Timm?
Kulit
Cik Timm jenis kombinasi ke normal. Bahagian hidung dan dahi ni berminyak je.
Tapi dekat pipi normal tak kering pun. Bila kita dah tahu jenis kulit kita,
senang untuk cari produk yang bersesuaian.
Dulu waktu Cik Timm study dari zaman
sekolah menengah sampai ke matrikulasi memang pengguna tegar Safi Balqis. Dulu
produk ni paling senang dapat dekat kedai mana-mana pun termasuk kedai runcit.
Harga pun berpatutan tak terlalu mahal, sesuailah student lagi kan. Waktu tu
tak tahu lagi skincare tu benda apa. Asalkan ada pencuci muka, toner, serum,
daycream, night cream. Rangkaian safi pun dah ada semua sekali. Kalau malas sangat
guna pencuci muka je.
Waktu universiti dah mula ada duit
sendiri, cuba guna produk lain. Tapi tak jalan sangat sebab tak sesuai dengan
kulit muka. Jadi back to Safi jugak. Waktu bekerja Cik Timm try satu produk
dari produk kosmetik tempatan. Seriously memang sangat berkesan, hilang semua
kulit macam topeng zaman universiti dulu. Tapi waktu tu viral tentang produk
tempatan ada yang timbang kilo ataupun ada bahan mercury. So, Cik Timm terus
stop dan guna drugstore produk jer. Nanti Cik Timm share produk yang memang best dan murah jer boleh cari di drugstore.
Thanks share..kulit saya jenis yang ke 4 tu..kulit kombinasi...jarang jumpe produk yang betul betul sesuka Ngan kulit muka.
ReplyDeletesama la kita, betul2, kena try byk produk sampai jumpa yg betul2 berkesan..
Deletesejak makin tua ni dah lupa kulit jenis apa sbb kekdg tu oily kekdg tu dry...hehe
ReplyDeletedulu pun kulit sya mcm lain, dah berganti taun kulit pun dah berubah pulak, haha!
Deletesalam PKP tahun 2020., ;p
ReplyDeletesalam pkp!
Deletedikkkkkkkkkkkkk.. akak dah terlupa PKP hari ke berapa dikkkkkkkkkkkk.. hahahaha~ tapi entri ni best.. akak kulit combination.. time kering memang tak de diskaun..
ReplyDeletesamalah kita kak, kiki..
Deletewah,bagus entri ni.nuna suka sangat baca entri kecantikan.keep it up.salam kenal ya..nunaabdullah.com :)
ReplyDeletehi salam kenal!
DeleteInfo bagus.. Esok nk try buat lah
ReplyDeletesha punya kulit berminyak disetengah tempat..
ReplyDeleteHurm.. combination skin rupanya..