Thursday, April 09, 2020

DAY 23 PKP: Cara-Cara Untuk Mengetahui Jenis Kulit Muka

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!

Menjelang PKP ni macam-macam boleh kita buat aktiviti untuk mengisi masa lapang. Salah satunya kita boleh check kulit wajah kita atau recheck balik semua produk kosmetik yang kita guna. Ada yang dah expired boleh dibuang, atau ada produk yang kita beli tak sesuai tapi masih simpan, bolehlah kita kemas balik apa yang ada. Cik Timm dok kemas-kemas rupanya banyak juga barang. Mana tidaknya, dulu kan kerja di Penang. So, ada barang yang Cik Timm beli duplicate supaya senang kalau balik kampung. Tak payah nak bawa banyak barang. Dah la Cik Timm ni penunggang motosikal. Dah jadi rutin KULIM-PENANG. Rasa dekat je sebab dah biasa walaupun hanya menunggang motosikal.

Cara Untuk Mengenalpasti Kulit Wajah

Selepas korang cuci muka bersih-bersih, tunggu dalam 30 minit, atau 3-4 jam. Jangan pakai apa-apa produk pun tau.

Menggunakan Tisu Biasa atau Blotting Paper

Ambil tisu koyakkan kepada 4 bahagian, tepek je dekat dahi, kiri kanan pipi dan dagu.



Kulit Normal
Tisu tadi melekat sekejap sahaja, dan jatuh. Ataupun tengok dengan mata kasar, kulit biasa, tak nampak bersinar tidak menggelupas. Itu tandanya anda berkulit normal.

Kulit Kering
Tisu tak melekat langsung, letak je terus jatuh. Kulit Nampak menggelupas, kasar dan kusam.

Kulit Berminyak
Tisu semua melekat di muka. Kulit muka nampak berkilat dan berminyak. Kalau sentuh kulit muka boleh rasa oily.

Kulit Kombinasi
Kalau kulit kombinasi selalunya di bahagian T-zone iaitu dahi dan hidung berminyak, manakala di bahagian pipi kering. So, tisu akan melekat dekat dahi, dekat pipi tisu tak melekat pun dan nampak pipi kering dan pori-pori jelas kelihatan.

Kulit Cik Timm?

  Kulit Cik Timm jenis kombinasi ke normal. Bahagian hidung dan dahi ni berminyak je. Tapi dekat pipi normal tak kering pun. Bila kita dah tahu jenis kulit kita, senang untuk cari produk yang bersesuaian.

Dulu waktu Cik Timm study dari zaman sekolah menengah sampai ke matrikulasi memang pengguna tegar Safi Balqis. Dulu produk ni paling senang dapat dekat kedai mana-mana pun termasuk kedai runcit. Harga pun berpatutan tak terlalu mahal, sesuailah student lagi kan. Waktu tu tak tahu lagi skincare tu benda apa. Asalkan ada pencuci muka, toner, serum, daycream, night cream. Rangkaian safi pun dah ada semua sekali. Kalau malas sangat guna pencuci muka je.

Waktu universiti dah mula ada duit sendiri, cuba guna produk lain. Tapi tak jalan sangat sebab tak sesuai dengan kulit muka. Jadi back to Safi jugak. Waktu bekerja Cik Timm try satu produk dari produk kosmetik tempatan. Seriously memang sangat berkesan, hilang semua kulit macam topeng zaman universiti dulu. Tapi waktu tu viral tentang produk tempatan ada yang timbang kilo ataupun ada bahan mercury. So, Cik Timm terus stop dan guna drugstore produk jer. Nanti Cik Timm share produk yang memang best dan murah jer boleh cari di drugstore.

12 comments:

  1. Thanks share..kulit saya jenis yang ke 4 tu..kulit kombinasi...jarang jumpe produk yang betul betul sesuka Ngan kulit muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita, betul2, kena try byk produk sampai jumpa yg betul2 berkesan..

      Delete
  2. sejak makin tua ni dah lupa kulit jenis apa sbb kekdg tu oily kekdg tu dry...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu pun kulit sya mcm lain, dah berganti taun kulit pun dah berubah pulak, haha!

      Delete
  3. dikkkkkkkkkkkkk.. akak dah terlupa PKP hari ke berapa dikkkkkkkkkkkk.. hahahaha~ tapi entri ni best.. akak kulit combination.. time kering memang tak de diskaun..

    ReplyDelete
  4. wah,bagus entri ni.nuna suka sangat baca entri kecantikan.keep it up.salam kenal ya..nunaabdullah.com :)

    ReplyDelete
  5. Info bagus.. Esok nk try buat lah

    ReplyDelete
  6. sha punya kulit berminyak disetengah tempat..
    Hurm.. combination skin rupanya..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com