Saturday, January 20, 2018

Tasneem Naturel Balm Bayi yang Wajib Ada

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!

Menginjak ke umur sebaya Cik Timm sekarang ni, ramai kawan-kawan yang dah mula mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata. Cik Timm pun tumpang gembira dan berdoa one fine day masa Cik Timm akan tiba. Memandangkan semua pakat-pakat ada bayi atau kanak-kanak, Cik Timm nak share satu produk yang mungkin sesuai untuk anak-anak anda.

Tasneem Naturel


Sehangat usapan ibu, balm ini merupakan kit bayi semulajadi yang akan membantu ibu bapa yang mempunyai bayi atau ank kecil. Balm ini juga dirumus khas daripada bahan semulajadi kombinasi minyak pati (essential oil) yang bermutu tinggi.

Selain itu, produk ini juga bebas dari bahan kimia merbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna. Jangan risau, KKM juga meluluskan Tasneem Naturel!

Packaging Comel


Cik Timm suka sangat dengan botol dia. Tak terlalu besar, senang untuk dibawa dalam beg tangan. Lagi satu, botol dan kotak dia memang nampak eksklusif. Sesuai juga kalau nak dijadikan hadiah untuk baby shower ke, kalau melawat kawan-kawan yang baru lepas bersalin ke. Barulah hadiah tu nampak lain dari yang lain!

4 Jenis Balm

Balm comel ini didatangkan dengan 4 variasi pilihan, berbeza warna untuk berlainan fungsi;

CF Rub


Balm ini sesuai kalau anak anda demam, batuk dan selsema. Dengan penggunaannya akan melegakan pernafasan & mengurangkan batuk. Bahan-bahan terkandung-eucalypus oil,cypress, tea tree & lemon. Cara untuk menggunakannya- sapu di tapak kaki, dada, tekak dan tulang belakang.

Calm Time


Ini sesuai untuk memberi keselesaan kepada anak anda, disyorkan kepada anak yang hyperaktif atau tantrum. Bahan-bahan terkandung-lavendar, bergamot, frankinsense & marjoram. Cara digunakan-sapu di tapak kaki, nadi, belakang telinga dan tulang belakang.

Sleep Time


Sesuai untuk anak anda yang sukar tidur dan aktif pada waktu malam. Bahan-bahan terkandung-cedarwood, vetiver, roman chamomile & ylang ylang. Cara digunakan-sapu di tulang belakang, nadi, belakang telinga & pergelangan tangan.

Tummy Time


Balm ini berfungsi seperti minyak telon, dapat membantu anak anda yang menghadapi sembelit, masalah penghadaman, perut kembung dan dapat membuang angin berlebihan. Bahan-bahan terkandung-fennel, ginger, lemongrass & anise. Cara digunakan-sapu pada perut dengan pergerakan ‘I Love U’ & tapak kaki.

Urutan ‘I Love You’ macam ni tau 👇

Sumber: google

TESTIMONI SENDIRI

Walaupun produk ini adalah balm bayi, Cik Timm yang dewasa pun boleh guna juga tau. Cik Timm selalu selsema pada waktu pagi dan apabila cuaca terlalu panas. Jadi Cik Timm cuma sapukan CF-Rub yang warna pink di hidung dan dada. Bila bau je balm ni hidung dah tak tersumbat. Lagi satu yang Cik Timm recommend, Tummy Time yang warna kuning. Cik Timm guna balm ni waktu datang bulan. Selalunya waktu ni perut sentiasa kembung dan tak selesa, nama pun senggugut kan. Jadi Cik Timm sapu je di perut untuk kelegaan yang pantas sebab komitmen kerja memerlukan Cik Timm perlu berdiri dan berjalan.

Berminat dengan produk di atas? Anda boleh cuba hubungi di bawah ini ya..

Untuk keterangan lanjut;


📲 01120964665

📪
Tasneem Naturel HQ
15-1, Jalan Putra Kajang,
Taman Putra Kajang,
43000 Kajang,
Selangor

5 comments:

  1. Tak pernah try lg balm ni.. tgk mcm vkp bagus

    ReplyDelete
  2. ainy suka yang sleep time tu. best! ainy follow ya.

    ReplyDelete
  3. akak suka bam ni.. bukan baby pun akak tibai sapu hehehe.. time travel akak bawak tummy dengan flu. sangaaat wangi ^^

    ReplyDelete
  4. bg yg ada baby wajib ada simpan dlm umah ni

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com