Monday, January 01, 2018

Hai 2018, Bye 2017!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!

Sumber: askideas.com


Dah masuk tahun 2018 dah kan. Sekejap sangat masa berlalu sekarang ni. 

Cik Timm nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2018 kepada semua kawan-kawan readers yang rajin bekunjung membaca coretan yang tak seberapa dari tuan blog ni. 

Azam untuk blog pada tahun lepas dah tercapai dengan penukaran dari blogspot (timmbill91.blogspot.com) kepada domain sendiri (www.fatimahnabila.com). Alhamdulillah semuanya dengan bantuan Cik En. Kalau hampa semua nak bertukar domain boleh roger-roger Eintan Nurfuzie ye!

Rezeki dengan domain sendiri lebih cerah berbanding sebelum ni. Boleh dikatakan bermula dari bulan Julai, Cik Timm ada job berbayar setiap bulan. Kiranya ada income lebih. Lagipun bermula dari Julai Cik Timm dah berhenti kerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Seronoknya walaupun tak banyak sangat payment yang dapat, itu pun dah cukup buat kita puas hati dengan usaha kita selama ni.

Cik Timm sendiri tak pernah sangka dengan menulis blog boleh dapat income. Semuanya bermula dari sesi perkenalan Cik Timm dengan group Blogger Utara. Semuanya dah macam family sendiri. Kadang-kadang kami melepak dan keluar gathering ramai-ramai. Kalau ada kemushkilan pasal blog ke, masalah peribadi pun kekadang share sama-sama. I am so glad to meet you all! Rasanya kalau Cik Timm tak kenal depa ni, sampai sekarang blog Cik Timm terumbang-ambing.

Azam untuk blog tahun 2018?

Cik Timm kena consistent update. Selalu dalam sebulan beberapa ketul entry je yang keluar. Kadang-kadang idea banyak, tapi tak terluah pulak. Cik Timm nak cuba luluskan Adsense lah! Dengar cerita, income dari Adsense lebih menguntungkan! Itu je azam untuk blog kesayangan. Biar azam tu satu, tapi bernilai.

Chayok! Chayok Cik Timm!!

Apa azam tahun baru anda untuk blog anda? Jom kongsikan!

8 comments:

  1. Selamat tahun baru Cik Timm, moga azam 2018 Cik Timm tercapai dengan jaya. Zumal pun nak serius dalam berblog ni...

    ReplyDelete
  2. bestnya ada dapat job berbayar, blog tak dapat lagi peluang. Nak tukar domain pun macam tak sure

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru 2018 Cik Timm. Semoga dipermudahkan semoga maju jaya.

    teruskan menulis menulis dan menulis...

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru 2018, cepatkan masa berlalu

    ReplyDelete
  5. Happy 2018, Cik Timm. Moga azam Cik Timm bakal tercapai :)

    ReplyDelete
  6. azam kita tuk blog sama haha..nak rajin2 update entry..haha

    ReplyDelete
  7. sis JM pun ada azam utk lebih rajin update blog thn ni :-)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com