Wednesday, January 24, 2018

Mencari Kerabu Maggi di Karnival Jom Makan Malaysia Thailand

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!

Makanan dan Cik Timm termasuk Abang Cik memang tak dapat dipisahkan. Baru-baru ini Abang Cik tag Cik Timm posting mengenai Karnival Jom Makan. Ala-ala food thai festival gitu. Cik Timm dah la mengidam kerabu maggi. Hujung minggu pulak cuti & free.

Apa lagi, laju je Ahad lepas kami singgah ke sana.

Karnival Jom Makan Malaysia Thailand 2018

karnival jom makan, makanan thailand,

Tempat: CMART Pearl City, Simpang Ampat, Pulau Pinang
Tarikh: 19 - 28 Januari 2018
Masa: 10am - 12pm


Kebanyakan festival makanan thailand ni makanan sama je menu dia. Susun atur lokasi selalunya kedai makan di tengah-tengah, tepi kiri kanan ada jualan barang-barang macam baju. kasut, dan gadget. 

Tujuan Cik Timm memang untuk makan kerabu maggi, sambil tu mencari makanan-makanan lain yang belum try. Dua kali Cik Timm makan. Sekali makan waktu mula sampai. Lepas tu pusing-pusing gerai dan mencuci mata di CMART yang baru dibuka. 2nd round pulak singgah makan sebelum balik.

kerabu maggi, manggo float, dimsum, makanan thailand

Puasnya dapat kerabu maggi dia, dah la hidang dalam pinggan, memang puas makan. Pekena pulak dengan mango float. Mula-mula mango float tu tengok macam ceroi caiq tak menarik jer. Sekali beli, mak aih dia topping kiub buah mangga fresh, aiskrim vanila dengan sprinkle. Memang sedap! Lepas tu try pulak dimsum, harga mahalnya RM12. Tapi memang sedap!

Mango float = RM3
Kerabu Maggi = RM7
Dimsum = RM12

nasi komok, green tea, kuey tiaw sup, makanan thailand

2nd round Cik Timm mula lapar nasi, try makan Nasi Komok. Kureng sedap bagi Cik Timm sebab nasi dia rasa manis. Sos tu pun manis, alamak. Potong betul, nasib baik Abang Cik beli kue tiaw sup. Sup dia memang padu! Cik Timm memang penggemar green tea. Adik penjual ni siap menari lagi tarik-tarik green tea tu, memang banyak buih-buih cinta dalam cup tu.

Harga semua dah lupa sebab terlalu lapar. Eheheh, teringin nak pi Thailand dan rasa sendiri makanan yang original dari sana. Ehem..

Kalau tengok harganya boleh tahan kan. Biasalah, kalau rasa tak berbaloi tak payah beli kot. Cik Timm pulak bab makan memang main sapu je. Asalkan sedap dan puas hati. 

Niat dihati nak makan je, Cik Timm beli slipar pulak di gerai kasut. Melayang RM25, hehe..
Macam nak singgah lagi je hujung minggu ni. Nak beli baby crab crispy, hari tu dah nak beli. Tapi terlupa sebab cuaca gelap menunjukkan hujan lebat bakal turun. Sampai Kulim baru hujan turun, lega..

Kepada kawan-kawan yang terdekat kalau rajin boleh singgah ke sini. Alang-alang boleh pusing Pearl City Mall, sebab memang kawasan sekitar tu baru je dibuka. Banyak kedai-kedai baru yang dibuka. Cik Timm perasan ada Nasi Kandar Yasmeen, Chicking belum dibuka, ada Blackwood Coffee & Chocolate, Mr DIY, kedai bundle barangan Jepun, kedai kek dan sebagainya. Comel je mall dia, tak terlalu besar, kecil comel jer.

5 comments:

  1. Wah best nya dapat pergi karnival makan2 ni...

    ReplyDelete
  2. sedapnya dimsum tuuu Timm.. dapnye dapnye. penah jugakla dua kali p thai festival. puas hati makan..

    ReplyDelete
  3. Teringin ler nak cuba menu tu...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Dekat ja tu JM,oversea pun dah sampai. Kekekekeke

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com