Alhamdulillah, latihan "annual camp PALAPES UDARA UNIMAS 2012" sudah selesai. Dapatlah aku berehat serehat-rehatnya 2 minggu ni. Harini saja pun aku bangun sangat-sangat lewat. Sibuk pula menghantaq kawan-kawan yang nak balik kampung. Aku pun naik motor dengan Kak Tasha ke airport. Pertama kali aku bawak motor dari airport ke unimas. Kah3! Nasib baik Kak Tasha tu ringan sangat-sangat sampai aku tak rasa aku bawak orang.
Sekarang ni misi untuk :
1 - hilangkan gatal-gatal dekat badan aku (tangan, kaki naik bintik-bintik merah sebab kena gigit agas dalam hutan)
2 - hilangkan "burn" muka, dah ber"layer" muka aku (sebelah putih..sebelah hitam)
3 - membasuh baju yang bertimbun sepanjang latihan
4 - mengemas bilik yang macam tongkang pecah
Keputusan final exam pun sudah keluar. Aku sangat-sangat kecewa dengan keputusan ni. Sekarang ni aku berfikir sama ada aku nak teruskan PALAPES atau tak. Aku betul-betul tak ada hati nak teruskan PALAPES. Ya Allah, kuatkanlah hati aku yang sangat-sangat stress sekarang ni..
muka aku selepas "rawatan spa" |
No comments:
Post a Comment
I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.
Tengs for dropping your idea!