Sunday, August 16, 2020

DAY 2 Korea: Mencuba Hanbok ke Istana Gyeongbokgung

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

07.02.2020 (JUMAAT)


Awal pagi kami bersarapan dengan makanan yang dimasak sendiri. Konon nak feeling-feeling makan di luar tempat berehat. Tapi sekejap je sebelum angin sejuk mula masuk ke tulang. Sebelum kami keluar, standby heat pad dalam poket. 


Bawa extra juga dalam bag, untuk Cik Timm lebih baik korang bawa bag galas sederhana besar. Macam Cik Timm, dalam bag tu untuk letak barang-barang elektronik macam tripod, extra batteri, powerbank, cable usb. Selain itu, bekalan air masak, wet tissue, heat pad, moisturiser, lip balm, pantyliner, sanitizer, dan juga pasport jangan lupa! Baju pun pakailah yang bersesuaian, baju Cik Timm semuanya turtle neck, sebab tu Cik Timm tak pakai any extra kain untuk tutup leher. Waktu ni tudung tu kalau boleh nak berbelit 10 kali baru selesa dan hangat.

Gyeongbokgung Palace


Kami ke Gyeongbokgung Palace dengan menaiki Subway je. Sesungguhnya Cik Timm terlupa kami ke stesyen mana sebab kena tukar-tukar. Tak silap kami ke Chungmuro Station, lepas tu tukar ke Euljiro dan kami stop di Gyeongbokgung Station. Yang pastinya korang memang kena berkawan baik dengan Naver Map tu. Kami sampai ke Gyengbokgung Exit 5 dan akan keluar dari jalan belakang istana tu. 


Kebetulan trainer Cik Timm waktu kerja Nandos dulu pun ada di lokasi yang sama. Sempatlah kami berjumpa di situ. Kami sampai je terus tengok pegawai diorang tengah buat Acara Penukaran Pegawai (changing guard). 

Menyewa Hanbok di The King Hanbok


Selepas tengok acara tu baru kami ke deretan kedai Hanbok yang berdekatan dengan kanan istana. Ada bermacam-macam kedai sewa, korang pilih je mana yang suka. Kami sewa di The King Hanbok, kami sewa untuk 4 jam, 9,900KRW untuk seorang. Nanti staff dia akan tengok baju yang sesuai dengan saiz korang, skirt pulak boleh pilih mana-mana je sebab boleh adjust untuk semua saiz.





 Korang pilihlah yang matching dengan tudung korang baru nampak comel! Patutlah pakai hanbok kembang semangkuk sebab kena pakai dulu kain dalam yang bersangkar tu. Sweater pula kami tinggalkan dalam loker. Bawak beg jugak sebab itu poket Doraemon tak boleh tinggal. 






Untuk masuk ke Gyengbokgung Palace ada entrance fee kecuali kalau korang sewa hanbok boleh masuk free! Bila Cik Timm tengok balik gambar, mak aih Cik Timm nampak pink je sebab bag pun pink! Dalam istana ni memang banyak spot untuk bergambar, untuk orang yang pandai cari angle memang cantik. Kami pusing istana ni dari tempat yang ramai orang sampai ke tempat yang sunyi. Lagi cantik ambil gambar tanpa gangguan orang lain, haha! 






Kenapa perlu datang ke sini? Istana Gyengbokgung juga dikenali sebagai Northen Palace kerana terletak di kawasan paling utara diantara 5 istana yang lain. Selain itu, istana ini dikatakan antara tercantik dan paling besar. Bagi Cik Timm, wajib korang datang tambah kalau peminat cerita korea yang ada ala-ala istana macam Hwarang 😬.




Selepas puas kami pusing-pusing dalam istana, perut mula berkeroncong. Cuaca sejuk buat kita cepat lapar sebenarnya. Kami keluar jalan-jalan di dataran depan istana, Gwanghwamun Square. Dekat sini ada King Sejong Bronze Statue, bolehlah bergambar. Waktu kami di sini, ada pameran arca penguin dari ais. Di sepanjang dataran, ramai polis yang berkawal di sini. Puas bergambar kami pulangkan baju dan bergerak ke Itaewon untuk lunch + tea time. 

Dari Gyeongbokgung ke Itaewon Cik Timm akan share next entry okey. Selamat membaca, untuk entry sebelum ni;

Tips Persediaan Percutian ke Negara Sejuk

Ringkasan Winter Trip ke Korea Tanpa Tourguide

DAY 1 Korea: Penang - KLIA - Incheon 

7 comments:

  1. amboiiii berhanbok bagai dia yaa... hanbok tu gn material apa? boleh kalis cuaca sejuk?

    ReplyDelete
  2. Phewittt! Bukan main lagi dia pakai hanbok!

    ReplyDelete
  3. Comelnya berhanbok ciktimm. Best tu dapat jejak Korea :)

    ReplyDelete
  4. Cantiknya hanbok warna pink tu :)
    iena pernah ke sini masa company trip tapi tak sempat nak pakai hanbok ni sebab kwn2 opis sibuk nk ke tempat lain huhu

    ReplyDelete
  5. elok ja pakai hahaha.. nampak manis. walaupun sejuk selfie wajib

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com