Tuesday, August 11, 2020

Cara Menggunakan ePenjana Untuk Membayar Bil UMobile

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai korang! 
Dua hari lepas Cik Timm godek dalam GrabPay tu tengok apa yang boleh dibeli dan dibayar. Bawah sekali tu ada UMobile. Cik Timm punya bil memang keluar 6 haribulan setiap bulan. So, Cik Timm tengok dulu berapa total bil. Memang cukup nak bayar guna GrabPay.

Korang buka apps GrabPay korang, tekan Payment dan tekan “Pay your bills everywhere”


Dalam tu ada bermacam bil yang boleh dibayar, tak banyak pun yang ada cuma bil air, astro, YES, RedOne, Celcom, Sarawak Energy dan Sabah Electricity.

Lepas tu tekan “UMobile Bill Payment”. UMobile ada dekat bawah sekali list dia. Masukkan maklumat korang macam no. akaun dengan total bil. Tekan “Enter” dan “Pay”. Nanti dia processing, esoknya Cik Timm tengok dah settle dah. 





Alhamdulillah, jimat bulan ni punya bill telefon dengan menggunakan ePenjana jer.  Korang dah tebus ePenjana? Ramai yang guna Touch & Go kan sebab boleh guna untuk bayar toll. Cik Timm memang tak guna. Banyak guna Grab jer. Korang guna untuk apa tu? Jom share!


6 comments:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com