Wednesday, August 05, 2020

RM50 ePENJANA Dah Approved!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua!
Korang dah claim ePenjana dalam e-wallet? Selepas raya Haji lepas, abang ipar bagitau kerajaan dah mula bagi RM50 e-wallet yang dijanjikan kalau kita download apps MySejahtera. 

Cik Timm memang dah ada MySejahtera sejak mula dilancarkan sebab senang kalau nak masuk ke mall atau ke mana-mana sahaja. Tak payah susah-susah nak tulis dalam buku, sama je kesannya sebab berkongsi pen, betul tak? 

Selepas tu, kerajaan ada mengumumkan ganjaran e-wallet sebanyak RM50 kalau kita download aplikasi MySejahtera. E-wallet yang Cik Timm ada cuma Grabpay, dulu rajin guna sebab buat pembelian makanan menggunakan Grab. Lepas tu, rajin juga guna Grab sejak training di Subang tahun lepas. 

Kebetulan pula, balik je Penang, stay outlet di Penang Hill, customer rajin minta tolong booking Grab. Itu pun sebelum diorang buat face recognition untuk naik. Senang dapat point, banyak pulak tu. Rajin juga redeem Starbucks guna point Grab ni. 


Dapat ja e-wallet ni baru godek balik apa yang boleh dibuat dengan Grabpay ni. Selain dari shopping di mana-mana tempat yang kita biasa shopping macam Watsons, Giant, blablabla, banyak tau boleh guna Grabpay ni. Tapi Cik Timm yang jarang guna. Tapi e-wallet RM50 ni hanya valid sehingga 30 September 2020 sahaja tau!

Rupanya pembayaran bil-bil pun boleh macam bil elektrik, air dan telco yang terpilih. U Mobile pun boleh! So, bulan Ogos punya bil Cik Timm nak cuba bayar guna Grabpay ni. Kalau berjaya nanti Cik Timm share dengan korang ya!

Korang semua dah claim e-wallet korang? Cer share!

3 comments:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com