Saturday, August 15, 2020

Donut Tesco Setanding Donut Mahal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai korang!
Kadang-kadang tekak ni craving makanan-makanan manis. Selepas selesai urusan di Pejabat Tanah Kulim dua hari lepas, Cik Timm dengan Abang Cik cuci mata sikit dekat Tesco Kulim. 



Saja shopping barang yang RTC sebab murah, tengok-tengok semua barang RTC boleh buat mushroom soup. Setiap hari Khamis memang pihak Tesco akan restock semua barang. Lagipun baru pukul 10pagi, orang tak ramai. Seronok ronda, banyak juga yang offer, macam vakum jenama MAG ala-ala DYSON tu RM79 je, dah la yang dekat rumah ni dah rosak. Susah nak cuci sebab rumah kampung ni banyak habuk sebab kayu kan.

Tengok donut dekat pastry, macam sedaplah pula. Enam biji baru RM5.99 (1box). Lagipun belum pernah cuba lagi donut Tesco. Rupanya memang sedap dan lembut. Bolehlah lepas ni beli kalau teringin sangat. Kadang-kadang teringin makan seketul je, kalau nak buat memang tak berbaloi. Tambah-tambah kalau nak buat yang ada topping ala dunkin donut. Salahkan cerita Pink Smile sebab buat Cik Timm teringin makan donut.

Lepas tu Cik Timm jumpa paste Gojuchang, sebelum ni benda-benda gitu jumpa dekat Aeon je. Ada member teringin nak rasa, boleh lah lepas ni cari dekat Tesco je. Produk dari OmmaSon, rice cake untuk Topokki pun ada. Yang penting dijamin Halal! 


Yang ni tak pernah makan pulak, jelly fish dengan seaweed frozen, jeruk kott..

Kalau datang Tesco memang suka duduk dulu ambil angin, minum-minum dulu dekat tempat makan dia sebelum balik. Pandai Tesco ni buat meja siap untuk charge lagi. Selesa untuk sesiapa yang kerja dekat sini. 

Korang suka makan donut Tesco? Jom share!

1 comment:

  1. donut tesco tak besa lagi
    tapi nugget tesco memang menajdi rebutan
    asal pi ja abeh hooiiiiii dekat rumah akak ni
    setreeesssss

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com