Monday, October 01, 2018

Dah Daftar Haji atau Belum?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Hai semua, bulan Ogos lepas Cik Timm sangatlah FREE. Jadi settlekan semua urusan bank termasuk Tabung Haji. Akaun Tabung Haji arwah ayah yang daftarkan, daftarkan je tapi lepas tu Cik Timm langsung tak ambil peduli. Allahu..


Terus ke Tabung Haji untuk update buku, daftar Haji & masukkan nama untuk pemegang amanah. Alhamdulillah settle semua!


Update buku dari buku warna kuning yang lama kepada buku warna hitam hijau. Cik Timm kena isi borang lain untuk membuka akaun tu sebab terlalu lama sangat.


Daftar Haji sangatlah senang dengan adanya KWSP. Cik Timm cuma bawa salinan KWSP yang ada no. EPF tu. Dalam masa beberapa minit Cik Timm dah pun daftar Haji. Perlu diingatkan duit KWSP bukannya masuk terus ke akaun Tabung Haji. Duit di Tabung Haji masih juga tak berubah. Jangan fikir duit KWSP transfer masuk ke Tabung Haji ya. Lupa nak tanya berapa minimum duit yang perlu ada untuk daftar Haji. 




Tengok tarikh Tahun Peruntukan Haji, tahun 2126 nanti! Haha! Jadi lepas ni dah boleh menyimpan sikit-sikit, mana tau ada rezeki dapat menunaikan Haji dalam masa terdekat. Senang je sekarang ni nak daftar Haji walaupun duit dalam simpanan Tabung Haji ada seratus je.


Seterusnya, daftar 2 orang pemegang amanah. Andaikata kalau ada jadi sesuatu contohnya kematian, duit dalam simpanan masih terpelihara untuk keluarga. 


Untuk pengetahuan anda, urusan tabung Haji macam nak masukkan duit ke apa ke tak perlu susah-susah ke branch Tabung Haji. Semua urusan dah boleh diselesaikan dengan menggunakan Maybank, Bank Islam dan Bank Rakyat.


Untuk Bank Islam;


Untuk pengguna Maybank;



Alhamdulillah semua urusan bank-bank lain pun dah diupdate dan disettlekan.

Anda semua dah daftar Haji? 

8 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah Timm dah daftar haji..semoga kita ada rezeki dijemput ke rumah Allah... K.sha pun dah daftar sekali dengan anak-anak.. dalam akaun kena ada minimum Rm1300.. hari tu ada kakitangan TH dtg buat taklimat..masa itu baru K.sha tahu bleh daftar pakai akaun KWSP

    ReplyDelete
  2. nak kena balik tanya mak dah daftar ke belum haha

    ReplyDelete
  3. Belum daftar lagi. Adududu

    ReplyDelete
  4. ohhh.. dah tukar buku eh.. nanti nak pergi tukar juga la...

    ReplyDelete
  5. dah daftar dah.. dijangka panggilan masa umur seratus lebih.. hahaha.. tu cuma jangkaan ja.. selalunya akan lebih pendek..
    minimun amaount utk daftar haji tu cuma rm1300 kalau x silap.

    ReplyDelete
  6. Semoga ga dipermudahkan urusan Timm

    ReplyDelete
  7. Tahniah Cik Timm, Zumal tak daya lagi daftar

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com