![]() |
En. Nathan Deverre, wakil dari Ayam Brand bersama kanak-kanak yang menyertai aktiviti sempena Festival Makanan Kanak-kanak Sihat Ayam Brand 2018. |
Georgetown, 9 Oktober 2018 –Malaysia
dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling
tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di ASEAN dengan 23.7% daripada mereka mengalami masalah obes[1].
Pemakanan memerlukan keseimbangan.
Obesiti sering dikaitkan dengan tabiat makan
yang disemai sejak kecil, di mana kanak-kanak yang
mempunyai berat berlebihan biasanya akan menjadi obes ketika dewasa.
Faktor budaya
juga menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti di
Malaysia. Ini kerana kebanyakan makanan popular di Malaysia adalah sepertisnek yang
digoreng dan hidangan yang memiliki kandungan lemak tinggi, selain tidak ada banyak kepelbagaian dalam makanan mereka.
Sebab itulah Ayam
Brand™, jenama pilihan rakyat Malaysia selama 126 tahun menganjurkan Festival
Makanan Kanak-kanak Sihat (Healthy KIDS
Food Festival) untuk menawarkan pilihan makanan yang
lebih baik sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial tahunannya.
Kempen kebajikan pada tahun ini bertujuan memperkasakan kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan mereka sendiri menerusi aktiviti-aktiviti yang
interaktif. Aktiviti ini dapat membantu mereka mengenalpasti kumpulan makanan
yang penting, memahami jumlah makanan dan membuat keputusan bijak tentang makanan berkhasiat dan membentuk tubuh secara positif.
Ayam Brand™ menyatakan bahawa sumbangan produk kepada rumah-rumah kebajikan
yang mengambil bahagian dibuat kerana kebanyakan daripada mereka kurang akses kepada sumber nutrien
yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak.
Sudah memasuki tahun ke sebelas, Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand
telah berjaya menjangkau sekitar 20,000 orang dari 482 pertubuhan kebajikan,
serta menyediakan mereka dengan 1,404,000 hidangan makanan yang sihat dan mudah!
Mengulas tentang Festival Makanan
Kanak-kanak Sihat, wakil Ayam Brand, Encik Nathan Deverre berkata,
“Kanak-kanak dapat belajar dengan baik menerusi permainan. Justeru, Ayam Brand
telah menganjurkan Festival Makanan
Kanak-kanak Sihat dengan pelbagai bentuk permainan yang direka khas buat kanak-kanak
agar mereka seronok ketika belajar bagaimana untuk memilih makanan yang betul. Kami
harap kanak-kanak yang mengambil bahagian pada hari ini akan mengamalkan apa yang
telah mereka pelajari dan berkongsi tips
ini dengan rakan-rakan dan menyebarkan mesej mengenai makan secara sihat.”
Antara sesi bengkel yang dijalankan ialah ‘Yay or Nay’ di mana kanak-kanak belajar untuk mengenalpasti serta membezakan
di antara pilihan makanan yang sihat dan tidak sihat, selain teka silang kata
tentang manfaat Omega 3 dan DHA di bengkel ‘Crossword’.
Di bengkel ‘Healthy Plate’ pula,
kanak-kanak menentukan kuantiti kumpulan makanan berbeza untuk menghasilkan satu diet
yang seimbang, manakala di bengkel ‘DIY’,
kanak-kanak akan menghidang Nasi Lemak
Tuna mereka berdasarkan apa yang telah pelajari.
Kanak-kanak amat memerlukan Omega-3, iaitu sejenis asid lemak penting untuk perkembangan otak dan mata yang
tidak dihasilkan oleh tubuh manusia. Ibu bapa dan penjaga boleh menambah makanan yang
kaya dengan kandungan Omega-3 seperti sardin, mackerel dan tuna dalam diet anak-anak. Bagi kanak-kanak yang
tidak sukakan bau ikan, ibu bapa perlu jadi lebih kreatif. Jadi, layari laman web www.ayambrand.com.my untuk mendapatkan pelbagai resepi yang mesra kanak-kanak.
Kelapa pula telah mencapai status makanan super di
peringkat global kerana kandungan lemak sihatnya. Ini satu berita baik buat rakyat
Malaysia kerana mereka menggemari makanan berlemak seperti Nasi Lemak.
Sebahagian daripada Festival Makanan
Kanak-kanak Sihat, Ayam Brand™
ada memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang
menggunakan santan jenama ini. Di samping Light Tuna Cili sebagai sambal yang boleh diambil terus daripada
tin bersama telur rebus, timun segar, kacang tanah dan ikan bilis untuk menjadi satu hidangan
yang enak dan berkhasiat. Kanak-kanak yang menghadiri bengkel ini juga belajar tentang sukatan yang
betul bagi setiap makanan untuk diet yang lebih sihat.
“Ramai rakyat Malaysia yang
membuat pilihan makanan tanpa memikirkan tentang kesan jangka masa
panjang terhadap kesihatan mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik,
memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sebagai amalan sejak anak-anak masih kecil.
Kami gembira kerana kanak-kanak dapat belajar tentang asas pemakanan sihat dengan cepat pada hari ini.
Ibu bapa dan penjaga boleh mencuba beberapa aktiviti yang telah kami lakukan ini kerana ia mudah dan boleh dilakukan
di rumah,” kata Deverre.
Rumah Permata Kasih,
Children’s Protection Society, Persatuan Kebajikan Anak-anak Islam dan Rumah Kebajikan
Seri Cahaya dari Pulau
Pinang menerima bekalan makanan harian produk Ayam Brand selama dua bulan merangkumi ikan sardin,
mackerel, tuna dan santan kelapa untuk semua kanak-kanak di
bawah jagaan mereka.
Menurut
wakil dari Children’s Protection Society, Cik Magdeline Leong, sumbangan produkAyam Brand™ yang
tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat dihargai kerana makanan tersebut sihat,
pantas dan mudah disertakan ke dalam
diet harian mereka.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayam Brand™
kerana menjemput Children’s Protection Society untuk menyertai
acara ini, selain menyumbang produk mereka yang mudah, berkhasiat dan enak.
Kanak-kanak sangat seronok pada hari ini dan mereka belajar pelbagai tip nutrisi daripada bengkel-bengkel aktiviti.
“Kami
akan menjalankan beberapa bengkel sama di Children’s Protection Society tidak lama
lagi. Sebabnya, daripada apa yang dapat kami lihat pada hari ini,
ia dapat membantu kanak-kanak mengamalkan tabiat makanan sihat sepanjang hidup mereka,”
kata Cik Leong.
Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari laman web www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.
Seronok pula tengok aktiviti Ayam Brand dengan the kids tu 😊
ReplyDeleteinshaAllah program kesedaran daripada kecil akan banyak membantu kanak-kanak mengetahui mengenai pengambilan makanan harian ^_^
ReplyDeletebestnya event macam ni, seronok tengok budak budak tu
ReplyDeleteseronok kanak-kanak tu..
ReplyDeleteWahhh best program mcm ni. .
ReplyDeleteTerbaik la Ayam Brand
ReplyDeleteMeriah nampak program ni :)
ReplyDeletepergh.. job masuk ni..
ReplyDelete