Friday, April 15, 2022

Bercucuk Tanam Semula

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Setelah sekian lama merajuk dengan hobi bercucuk tanam, Cik Timm nak baru nak mencuba balik menanam pokok. Semangat waktu pregnant nak menanam sekali kucing liar buat onar berak dekat tapak semaian, Cik Timm stop truih! Boleh baca entry semangat ni hah http://www.fatimahnabila.com/2021/06/beli-biji-benih-dari-eco-shop.html


Azfa pun dah besar sikit boleh buat hobi baru. Buat masa ni baru nak belajar menanam pokok bunga yang paling senang iaitu Rose Jepun. Rumah mak banyak pokok ni, mak bagi pokok ni untuk permulaan. Alhamdulillah naik pokoknya! Excited betul, biasalah first time tanam pokok. Kecik-kecik dulu tanam pokok tauge jeee


Masalah dengan kucing tu  Cik Timm selesaikan dengan menanam secara vertical garden. Itu pun sebab jumpa grill tingkap lama yang tersadai je tepi rumah. Cik Timm spray balik dengan cat hitam dan beli pasu gantung di Shopee. In the end kucing liar hitam yang buat onar tu lama dah menghilang, mati agaknya. 


Dalam perancangan nak buat taman kecik depan ni habuan nak hilangkan stress. Actually kurang juga stress tengok pokok ni membesar.


Sedih hati ni bila vertical garden tu jatuh tersembam menyembah bumi. Habis pokok rose jepun yang baru nak naik tu. Nak merajuk balik lah dari menanam pokok. Nak cuba tanam pokok indoor plant pulaklah. Suka tengok orang yang pakat menanam indoor plant dalam rumah, nampak cantik dan segar je. 

Ada idea tak antara pokok indoor plant yang senang jaga dan tak banyak kerenah?

9 comments:

  1. SA pun tengh baerjinak- jinak tanam keladi...the best part is tanam kat opis..baru la sepokok...dah beli pokok lain..blom alih ke pasu cantik sikit and nak letak kat opis gak

    ReplyDelete
  2. rajinnya diaaa salam ramadan tim sekeluarga

    ReplyDelete
  3. Kalau tanam kat bawah, spray je air rebusan lada hitam sebelah luar pasu. atau serai.. kucing tak suka.

    ReplyDelete
  4. jgn putus aje untuk bercucuk-tanam. semoga lps ni x de lagi musibah yg menimpa.

    ReplyDelete
  5. Alhmdllh berbudi pada tanah pasti ada hasilnya

    ReplyDelete
  6. dalam byk2 pokok mama mmg suka rose jepun ni. mcm2 color ada. mama pun dah berkubur tak hat bercucuk tanam ni takde masa

    ReplyDelete
  7. Saya tanam neon dengan njoy. Tanam dalam rumah buat hias bilik bagi nampak segar

    ReplyDelete
  8. Seronok bila tengok orang bercucuk tanam. Dulu pernah tanam bunga ros, tapi nak jaga punya lah susah tambah kalau tiba-tiba kena serangan kulat + ulat bulu. Last sekali nak senang, tanam kaktus dengan pokok ular ja. HAHA

    ReplyDelete
  9. Nice post thank you Lisa

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com