Saturday, November 18, 2017

5 Kegunaan Berus Gigi yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Dekat rumah mesti ada banyak berus gigi lama kan? Cik Timm kadang-kadang datang mood rajin mengemas terkejut tengok betapa banyaknya berus gigi yang ada dalam bekas. Rasanya dalam rumah ni cuma ada 4 orang. Tapi berus gigi berganda-ganda pulak, beranak agaknya! Haha!!

Apa kata dari dibuang begitu saja, kita recycle semula berus gigi lama. Di sini Cik Timm kongsikan 5 kegunaan berus gigi yang boleh anda cuba di rumah.

1. Mencuci kasut
Ha, kalau ada anak-anak yang bersekolah boleh gunakan berus gigi untuk mencuci. Cik Timm sendiri memang menggunakan berus gigi untuk mencuci kasut sebab tekstur berusnya lebih lembut dan tak merosakkan fabrik kasut. 

2. Memberus tayar motor
Cik Timm menggunakan dua berus gigi untuk mencuci motor. Satu guna untuk kekotoran tayar dan rim yang lebih berminyak. Jadi berus akan jadi sangat kotor dan berminyak. Satu lagi guna untuk memberus celah-celah body motor yang susah nak dicapai dengan span. Gagah sangat mencuci, sekarang musim hujan. Hujan sekarang tak macam dulu-dulu. Lagipun air lopak memang kotor, tiap-tiap minggi Cik Timm cuci kalau terlalu kotor. Itulah, nak sangat motor warna putih jenuh mencuci.

3. Mencuci dinding berjubin
Kalau rumah anda ada jubin, selalunya di bilik air, keliling jubin susah nak dibersihkan betul tak? Anda boleh gunakan berus gigi untuk memberus di kawasan itu. Lebih mudah dan praktikal.

4. Membuang kulit mati di bibir
Selalu kulit bibir akan jadi macam menggelupas kalau kering. Jangan gatal-gatal tarik macam tu je, nanti luka. Boleh apply lip balm atau vaseline di bibir untuk lembabkan bibir, selepas tu baru guna berus gigi untuk gosok-gosok keliling bibir. Lembut je bibir, nak apply lipstik pun sekata dan cantik!

5. Merapikan makeup di mata
Kalau rasa bulu kening tu agak tebal dan bersepah boleh gunakan berus gigi yang dah disembur sedikit spray rambut. Sangat sesuai untuk Cik Timm yang langsung tak ada alat-alat atau berus untuk bersolek. Lagi satu, nak buangkan mascara lebih di bulu mata pun boleh guna berus gigi. Jimat kan?

Anda di rumah pun mesti ada guna berus gigi untuk kegunaan lain juga kan. Jom share!

6 comments:

  1. Tips no.5 tu first time dengar..hehe.samalah rumah akak pun duduk 3 orang tapi berus gigi berbelas-belas

    ReplyDelete
  2. berus tayar tu pernah buat.. tapi bukan tayar lah tapi rim kereta..

    ReplyDelete
  3. Baru semalam clear berus gigi tak pakai kat bilik mandi...banyak juga kegunaan berus gigi lama ni tapi sayang nya semalam buang ja macam tu...

    ReplyDelete
  4. tau nombor 3& 4 aje sebab pernah buat.

    Janji Kita

    ReplyDelete
  5. Tak terpikir bole cuci kasut kan.. bole cuba sbb kasut ank ni kecik lg..susah nk berus dlm
    Jemput join GA. Hadiah menarik disediakan.
    https://tinynasweet.blogspot.my/2017/11/giveaway-dhia-sumayyah-201117-141217.html

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com