11.11
Cantik betul nombor tu kan? Pada
setiap tahun menjelang tarikh 11
November portal-portal online sentiasa menjalankan pelbagai promosi jualan
barangan dan pakej percutian! Tengok calendar, rupanya bermula dari 25 November
sehingga 31 Disember bermulanya cuti sekolah. Pastinya semua keluarga dah
standby merancang pelbagai aktiviti sempena cuti sekolah ini. Nama pun cuti
sekolah, confirm ibu bapa akan bawa anak-anak bercuti, pasangan yang baru
berkahwin pun bercuti untuk honeymoon, gegadis remaja macam Cik Timm pun dah
mula contact kawan-kawan single untuk bercuti!
Peluang
Bercuti
Kali terakhir Cik Timm bercuti pada
bulan Julai lepas ke Terengganu. Nak baca entry Terengganu boleh mai sini tau, Puasnya Bercuti di Pulau Perhentian. Planning percutian
seterusnya adalah tahun depan. Sempat lagi untuk menyimpan duit saku
semata-mata untuk hashtagshortvacay (#shortvacay) atau hashtagbujangtrip
(#bujangtrip). Demi hashtag tersebut, sanggup bercuti tempat best-best dan
upload di instagram. Demi instagram ada gambar yang cun dan cantik sanggup tau
cari kawasan percutian yang ada pemandangan lawa. Teruk sangat perangai, haha!
Kesibukan dan tekanan di tempat kerja
membuatkan badan kita penat dan memerlukan rehat. Bercuti adalah satu aktiviti
yang membantu menghilangkan stress, menyihatkan dan menambah pengalaman tau. Macam-macam
pengalaman yang Cik Timm dapat, berjumpa kawan baru, tertinggal bas ekspress,
dapat mencuba makanan baru. Tak rugi bercuti sebenarnya, duit yang dikeluarkan
memang berbaloi dengan pengalaman kita ke sana.
Make 11.11
Fly
Bercuti dengan menaiki kereta dah
pernah, naik ETS pernah, naik kapal pernah, HAA! Naik kapal terbang lagi belum.
Dulu kalau naik turun kapal terbang semata-mata sebab study di Sarawak.
Jenuhlah turun naik Penang-Sarawak. Tapi itu bukan untuk bercuti! Feel dia tak
sama.
Rasa macam planning nak bercuti dengan
menaiki kapal terbang pula. Ini kerana lebih mudah dan menjimatkan masa. Ramai
yang seram bila dengar kapal terbang disebabkan tambang yang mahal dan gayat
dengan ketinggian. Anda tahu tak nisbah kemalangan melibatkan kapal terbang adalah
61 kali lebih selamat berbanding kereta? Jadi, kapal terbang merupakan
pengangkutan paling selamat jika dinilai dari statistic kemalangan maut. Ini
fakta tau bukan auta. Cik Timm mula-mula naik kapal terbang pun rasa nervous
macam nak tercabut jantung waktu kapal terbang mula nak pecut di landasan. Bila
dah selalu naik, 5 minit duduk di kerusi terus lena.
Tambang yang mahal? TIDAK jika anda
pandai mencari cara untuk membeli tiket kapal terbang di online portal yang
betul.
Terbang ke
Awan Biru Bersama TRAVELOKA
Cik Timm cadangkan anda semua
menggunakan online portal Traveloka.
TRAVELOKA? Traveloka merupakan portal online atau website yang memudahkan kita
untuk menempah tiket kapal terbang dan hotel secara online dengan menyediakan
lebih 18,000 laluan dan beribu hotel di Asia Pasifik.
Lebih mudah bukan? Bukan itu sahaja,
Traveloka juga sentiasa menyediakan promosi yang menarik. Jadi sebelum bercuti,
pastikan anda semua periksa dan survey di Traveloka kerana mungkin ada promosi
murah yang lebih menguntungkan anda! Percutian anda akan menjadi lebih jimat
dan mudah. Kenapa perlu bersusah payah mencari di laman web lain.
Selain itu, Traveloka akan membuat
promosi tiket penerbangan yang menarik pada minggu depan tau!
Tarikh: 10, 11 & 12 November 2017
Promosi ini adalah untuk 2 orang tiket penerbangan pergi dan balik.
Tiket ini juga termasuk ke mana-mana
sahaja laluan yang anda suka! Oh My! Sesuai sangat untuk pasangan yang
ingin berbulan madu. Memang Cik Timm nak promosi untuk kawan-kawan yang akan
melangsungkan majlis perkakwinan tahun ni.
So, stay tuned dengan Traveloka dan
nantikan promosi yang akan datang. Tak lama dah pun, dalam beberapa hari je
lagi.
Kelebihan
Traveloka
1. Lebih banyak pilihan untuk
anda memilih dan membuat perbandingan tiket kapal terbang diantara pelbagai
syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Malindo Air
dan sebagainya. Route perjalanan kapal terbang juga boleh mencecah lebih
100,000 laluan di Asia Pasifik termasuk di Eropah.
2. Tiada caj tambahan. Semua
harga adalah termasuk cukai, caj dan yuran pembayaran. Dan pastinya tiada caj
tersembunyi!
3. Perisian canggih yang
memastikan anda mendapat harga, tempoh bercuti, masa transit dan tiket kapal
terbang yang terbaik.
4. Transaksi pembelian online
yang selamat. Portal ini memastikan online banking anda terlindung dan dikawal
oleh RapidSSL AUTHORIZED TECHNOLOGY. Segala pembayaran dan transaksi anda akan
dihantar terus ke email anda.
5. Terdapat pelbagai pilihan
pembayaran yang anda boleh pilih. Anda boleh menggunakan Kad Kredit atau Debit,
Online Banking atau di 7-Eleven tanpa caj tersembunyi.
Jom Download
Traveloka di Telefon Pintar Anda
Dengan kecanggihan teknologi kini,
anda boleh download aplikasi Traveloka di telefon bimbit anda di Google Play
atau App Store. Lebih mudah untuk anda akses semua maklumat dan promosi yang
disediakan.
Cik Timm pun dah download aplikasi
Traveloka. Lebih mudah dan ringan je aplikasi ini, senang untuk digunakan.
Kenapa Cik Timm cadangkan anda untuk download aplikasi ini? Ada sesetengah
promosi khas untuk pengguna yang ada aplikasi ini sahaja tau! Lebih menguntungkan
dengan adanya aplikasi ini. Sesuai sangat dengan tagline, semuanya dihujung
jari kan.
Promosi Lain
yang Menarik
Promosi ini hanya valid untuk
pengguna yang mempunyai aplikasi Traveloka sahaja tau. Dengan aplikasi
Traveloka, anda boleh dapat 8% diskaun untuk penginapan di hotel. Tempahan ini
hanya dari 3-9 November 2017 sahaja.
Ini pula promosi tiket penerbangan
juga dari tarikh yang sama macam promosi kat atas tu. Dari 3-9 November 2017.
Jika anda menggunakan aplikasi Traveloka, anda mendapat 10% diskaun, berbanding
menggunakan website hanya 5% diskaun.
Kepada K-poppers yang teringin nak
bercuti ke Korea, promosi ini memang sangat sesuai untuk anda! Korean Air
memberi promosi istimewa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Seoul bermula dari
RM1720 pergi dan balik tu! Masa penerbangan adalah dari 1 November 2017–31 Mac
2018. Kalau berminat boleh menempah dari hari ini sehingga 30 November 2017.
BESTNYA ke Korea!
Seterusnya, tiket penerbangan tambang
istimewa dari Malaysia Airlines pergi balik bermula dari RM302 untuk ke luar
negara. Masa menempah bermula dari sekarang sehingga 5 November 2017. Waktu
perjalanan dari 6 November 2017 sehingga 31 Mac 2018.
Promosi terakhir adalah tempahan
hotel dan tiket penerbangan sepanjang tahun dengan cara pembayaran ansuran
selama 6 atau 12 bulan dari Maybank. Amboi, nak bercuti pun siap ada
installment tau.
Rugi kalau tak bercuti kalau gini
gayanya. Selepas ini, kalau ada kawan yang merungut atau dengki sangat dengan
awak-awak yang kaki travel ni, tunjuk je dia TRAVELOKA.
Jadi, jangan lepaskan peluang ada untuk
bercuti bersama TRAVELOKA!
Untuk
Maklumat Lanjut Traveloka;
Klik di sini ya : https://www.traveloka.com/en-my/promotion/1111
Facebook: https://www.facebook.com/TravelokaMY
Twitter: https://twitter.com/travelokamy
Instagram: https://www.instagram.com/travelokamy
Traveloka mmg best.
ReplyDeletePernah gak guna traveloka time travel
nice sangat ni kalau nak travel...
ReplyDeleteWah hebatnya ..terima kasih informasi ini
ReplyDeletehaiii, nakkk
ReplyDeletehaiii, nakkk
ReplyDeletemenariknya offer traveloka ni kan
ReplyDeleteMenariknya,tak beli lak. kalau tak dah boleh p seuol.
ReplyDelete