Wednesday, August 10, 2016

Day 2: Trip ke Pulau Pangkor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

4 Ogos, 7:30am Cik Timm dah naik LRT dari TBS ke LRT Asia Jaya. Nasib baik dah biasa dengan LRT ni, tapi baru teringat sekarang ni banyak laluan baru. TBS ke Asia Jaya, RM5.30, sebelum ni tak pernah stop situ pun. Cik Timm sampai LRT Asia Jaya pukul 8:30am gitu.
TBS--> Masjid Jamek (Ampang Line), punyalah ramai orang sebab masing-masing nak pi keja. 
Masjid Jamek-->Asia Jaya (Kelana Jaya Line). Sampai di Asia Jaya orang dah kurang. Sambil menunggu perasanlah Kelana Jaya Line punya memang dah berubah. Lagi banyak laluan sampai ke Putra Height. Sementara menunggu, Cik Timm sarapan dulu, bawah LRT tu ada gerai menjual sarapan pagi. 
Tunggu punya tunggu, dalam pukul 9:30am Kak Sue pun dah sampai dari Gombak. Dua lagi geng travel Kak Sue pun sampai dengan kereta dan kami terus bertolak. Kami stop di stesyen Petronas dulu. Kumpul duit sorang RM100 untuk perbelanjaan kami kat sana. 
Setelah berpusing-pusing nak cari Terminal Jeti Lumut, akhirnya jumpa juga. Kami singgah dulu di Tesco Manjung, membeli barang-barang untuk kunyah-kunyah, bekalan sikit untuk ke Pulau Pangkor. Sambil tu lunch dan solat dulu.
Seterusnya ke terminal feri Lumut, entry yang akan datang akan ada banyak gambar-gambar. Bertabahlah ye..
Kami dah beli tiket dengan RM10 seorang.











Punya syok selfie tak habis-habis. Kami sampai pun dah 6pm lebih. Memang lengang, orang tak ada sebab bukan hujung minggu. 1st stop feri akan stop dekat perkampungan Terminal Perkampungan Sungai Pinang, lepas tu, baru kat Terminal Pangkor.


Dekat Pangkor, salah satu kenderaan wajib naik van pink roller coaster inilah. Dah la jalan berbukit bukau, naik turun naik turun, memang ganas pakcik-pakcik yang bawak ni. Hahaha! Untung kalau naik reramai van ni, RM10 je.


Kami stay di Nipah Bay Villa, memang dah booking sini. 3 hari 2 malam kami stay sini dengan harga RM112 seorang.


Selesa jugak, chalet dia ala-ala kampung dengan binaan rumah kayu. Ada aircond lagi, dah la tepi laut memang panas. Disebabkan bukan weekend, tak banyak pun pilihan kedai makan yang bukak. Kami pusing-pusing tengok sunset dulu sebelum mengisi perut.




Lepas layan sunset, baru mengisi perut di kedai makan. Makan pun goreng-goreng biasa, air tembikai dia memang best, gelas besaq dan puas!



Boring memalam tak tau nak buat apa, pusing-pusing keliling chalet-chalet yang ada. Memang depan belakang semua chalet, macam-macam fesyen yang ada. Banyak pilihan kalau nak cuma kena booking awal-awal senang.


Kedai runcit pun ada banyak, kiranya kalau slipar putus ke, nak beli shampoo ke, semua kemudahan ada.



Day 1: 1st Checkpoint di Kuala Lumpur
DAY 3: Snorkeling & Rendam Time PART 1
DAY 3: Tempat Best Untuk Shopping di Pulau Pangkor PART 2

..stay tuned..

4 comments:

  1. ooo jejalan seronok2.. aah lrt dh bnyk berubah mmg sesak la pepagi masa org ramai nk g keeje tu..

    ReplyDelete
  2. best nyer dpt jln2 sy jg yg x smpi2 lg ke sn ;-)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com