Thursday, August 11, 2016

Resipi: Gulai Ikan Masin Tumis Darat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Apa yang spesel dengan gulai ikan kering ni? Ini adalah gulai ikan kering tumis darat. Tumis darat? Tumis darat ni hanya style memasak orang utara. Jenuh Cik Timm bergaduh dengan seseorang pasal KARI & GULAI. Kalau dah orang utara ni, tak ada istilah kari pun, semua gulai -__-"


Bahan-bahan;

Isi dan tulang ikan masin/ikan talang/ikan kering
Sebiji terung & dipotong sederhana besar
Sebiji nenas dipotong sederhana besar 
Air
200ml santan
1 paket rempah kari Udang, Ketam & Ikan Kering ADABI
Sekeping asam keping


Bahan tumis;
Minyak untuk menggoreng
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
Daun kari
Halba campur


Cara-caranya;

1. Masukkan air dalam periuk, masukkan ikan talang. Biarkan mendidih sikit, selepas tu masukkan nenas.

2. Campak rempah kari, kacau-kacau sikit sebelum lempaq terung dengan santan pulak.

3. Kalau rasa pekat sangat, tambah air, kalau nak pekat boleh tambah santan. Semua agak-agak je. Lempaq satu asam keping untuk masam sikit.

4. Agak-agak dah menggelegak, boleh masukkan gula. Garam nak letak boleh, takmau pun takpa, ikan kering dah masin oi..

5. Dah siap yang dalam periuk, tutup api dulu.

6. Seterusnya, ambil kuali lain pulak, masukkan minyak untuk menggoreng, campak semua bahan tumis sampai naik bau.

7. Dah naik bau, tuang dalam gulai kita tadi.


Senang kan, senang kan?
Selamat Mencuba!

3 comments:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com