Thursday, August 25, 2016

Day 3: Snorkeling & Rendam Time! PART 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


5 Ogos 2016, Jumaat.
Hari ini adalah masa untuk berjimba, bergolek-golek dengan laut sampai pengsan ye. Pagi-pagi kami dah bersarapan dengan chalet ni. Tapi, sarapan RM10 ye. Kami bayar untuk 2 kali breakfast, hari ini dan esok. Alahai, ingatkan termasuk sekali T__T



Nasib baik buffet, makan memang penuh perut. Sebab nanti mesti banyak guna tenaga. Semalam kami tempah pakej snorkeling & pusing-pusing pulau dekat chalet. Kiranya depa yang akan uruskan semua. Kami cuma tunggu je. Jadi, pagi ni pukul 8am pun dah sarapan sambil tunggu orang bot.
Otw nak pi tempat bot jumpa sepasang burung enggang? Pulau Pangkor ada burung ni eh? Baru tau..
Cik Timm dah lupa bayar berapa untuk pakej snorkeling ni. Tapi, kalau anda betul-betul nak snorkeling, jangan high expectation sangatlah. Sebab sini snorkeling dengan ikan-ikan biasa yang gedik lapar roti ja. Nak tengok coral cecantik ke, pasir cecantik ke memang tak dapatlah. Senang cerita sekadar suka-suka nak release tension memang thumbs up.

Serius burung enggang ni besaq gila kalau dia buka sayap dia..



Kami dibawa pusing-pusing pulau sebelum ditinggalkan dekat Pulau Giam untuk snorkeling. Nak balik, just call abang bot tu je..






Satu je tak best, batu-batu sini semua tajam sangat. Habis kaki calaq balaq, kawan sorang lagi sampai tergolek sebab licin. Luka habis kaki..
Dah puas luka-luka kat situ, kami balik bermandi manda dekat pantai pulak. Berendam sakan sambil makan-makan dekat gerai makan. Pantai depan area chalet kurang best untuk mandi, anda kena jalan jauh sikit ke pantai tepi Tokong Cina. Situ the best place untuk mandi! Omputih pun ramai berjemur sini.
 Nasi goreng mamak, tak sedap pun. Cukuplah untuk alas perut yang lapar. Tapi, laksa dia sedap!

Dah puas berendam & tannedkan kulit, balik ke chalet untuk mandi dan rehat solat kejap. Nanti petang nak shopping pulak. 
Kepada anda semua, kalau nak sewa pakej ni without booking under chalet pun boleh, sepanjang pantai ni banyak dia open booking. Pilih je nak yang mana berkenan. We~~ bersambung di PART 2 ye..dah malaih dah..
..bersambung..
Day 1: 1st Checkpoint di Kuala Lumpur
Day 2: Trip ke  Pulau Pangkor

Day 3: Tempat Best Untuk Shopping di Pulau Pangkor PART 2

3 comments:

  1. masa husna p kami dok kat kem rimba, dekat dgn tokong cina jgk laa.. hihihi.. mmg seronok main ayaq.. husna dah laa pantang jumpa ayaq laut atau ayaq sungai.. tp tak reti² berenang jgk.. hahahha..

    ReplyDelete
  2. nasi goreng mamk..? macam mana tuh? x pnah dengar pun.. mee goreng mamk pnah la.. hehehe

    ReplyDelete
  3. wow really deliciois thanks for this recipe and visit my blog also if you play plastation psn

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com