Thursday, June 25, 2020

PG Mall Online Shopping Birthday Sale

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Dalam masa PKP ni makin ramai pengguna online shopping ni kan, daripada tak pandai beli online, terus laju je tangan tu klik itu ini untuk membeli belah. Selain dari itu, disebabkan norma baru yang menyediakan SOP baru seperti perlu beratur  sebelum membeli, pemeriksaan suhu badan, pemakaian mask muka dan sebagainya menyebabkan kita sebagai pengguna merasakan agak leceh dan mengambil masa. Namun kita perlu akur dengan norma baru ini untuk mengelakkan virus Covid-19 dari terus menular dan merebak.



Online Shopping PG Mall

Korang pernah dengar tentang PG Mall? PG Mall juga merupakan salah satu dari online shopping yang terkemuka di Malaysia. Salah satu keistimewaan PG Mall adalah mereka merupakan satu-satunya online shooping yang mengetengahkan jualan dari pasaran tempatan sahaja. So, korang tak perlu bimbang dengan kos penghantaran antarabangsa atau perlu menunggu barang yang dipesan dengan masa yang lama. 

Kalau korang nak tahu, PG Mall merupakan antara Top 3 dicalonkan dalam Iprice Insight dimana menunjukkan mereka adalah antara e-commerce yang sentiasa digunakan oleh rakyat Malaysia. Korang boleh ke link ini untuk sumber rujukan, https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/

PG Mall Birthday Sale

Untuk meraikan sokongan dari semua pengguna, PG Mall akan mengadakan PG Mall Birthday Sale pada 29 Jun sehingga 5 Julai 2020. Terdapat banyak promosi yang disediakan khas untuk anda. Antaranya 10% off untuk setiap pembelian berjumlah RM50 dan 20% off untuk pembelian berjumlah RM60.

Bukan itu sahaja, untuk pengguna setia PG Mall anda boleh membeli-belah dan FREE DELIVERY jika pembelian berjumlah RM60. Manakala untuk pengguna baru, anda hanya perlu membeli dengan harga RM30 untuk mendapatkan penghantaran secara percuma. Selain itu, PG Mall akan menyediakan Super Killer Deals dengan harga jualan barang serendah RM0.99! 

Bagi korang yang suka share referral link, rajin-rajinkan juga berkongsi code referral dengan kenalan dan keluarga anda kerana ada ganjaran juga untuk anda tau! 

Untuk top referral anda berpeluang memenangi PG Gold atau emas seberat 1kg! Tempat kedua pula akan mendapat C-wallet berjumlah RM100. Manakala tempat ketiga berpeluang mendapat C-waller berjumlah RM50. Jangan lupa untuk share sebanyak mana yang mampu, mana tahu terselit rezeki untuk menang!

Hei, bukan itu saja, ada lagi satu peluang untuk korang cuba! Cara dia sangat senang dan boleh memenangi Emas seberat 0.5gram tau. Caranya korang perlu menonton FB live PG Mall setiap hari dan mereka akan membuat cabutan bertuah. 

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari;
Website : www.pgmall.com
IG : PGMall.my
FB : PG Mall Malaysia



2 comments:

  1. dah ada macam2 platform mebeli belah sekarang...$$ je yg kurang hehehe

    ReplyDelete
  2. duit tarak nk shopping pun tak boleh. hehehe

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com