Sunday, January 24, 2021

Cara Baru Untuk Membeli Channel di NJOI 2021!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai korang, letih betul semua tanya benda yang sama cara untuk topop Astro NJOI. Actually cara dan method diorang sentiasa berubah. So, rajin-rajinkanlah try & error. Lagi satu, korang bukaklah Channel 200 untuk tengok cara pembelian prepaid tu. Sekarang ni tak perlu susah-susah topup, boleh terus beli siaran yang kita mau..


Dulu boleh SMS, sekarang hanya guna Whatsapp sahaja.

 Whatsapp RIAC3 ke nombor 03-9543 8100

Lagi mudah guna Whatsapp tau. Selepas Whatsapp diorang akan minta nombor Smartcard. Nombor Smartcard korang tak tahu? Bukak je channel 200, tengok di skrin sebelah kanan. Itulah nombor smartcard korang. Tak payah susah-susah nak korek nombor smartcard tu dekat kad dalam dekoder tu. 


Selepas tu, tunggu je pihak NJOI akan hantar detail korang dan tanya cara pembayaran korang. Ada tiga cara pembayaran dia;

1. Kad kredit/Debit
2. E-banking
3. Baki kredit




Timm guna cara kedua iaitu E-banking. So, pihak NJOI akan beri link untuk kita buat payment di page tersebut. Dalam tu dah ada Payment Detail dan boleh pilih 2 cara;

1. Credit/Debit card
2. FPX/Online Banking

Timm semestinya pilih FPX/Online Banking je sebab mudah. Yang penting korang kena ada online banking. Kalau korang tak ada online banking memang Timm tak dapat tolong korang. Pandai-pandailah korang call pihak NJOI untuk bantuan.


Sorry ini sahaja yang Timm dapat bantu. Kalau tak faham juga bolehlah korang pm Timm by personal di FB Fatimah Nabila. Kadang-kadang korang komen dalam ni Timm lambat perasan. Kalau menjawab dalam ni pun Timm tak tahu korang boleh baca balik reply jawapan tu atau tak. Dekat atas tu contoh untuk Timm beli Astro Ria untuk 3 hari berharga RM7.00. 

Selamat Mencuba korang!

4 comments:

  1. Dorang tak rajin explore, sebab tu tak tahu tu..harap dorang rajin jugalah nak membaca perkongsian ciktim ni :)

    ReplyDelete
  2. SPA haritu macam mana cik tim nak updateee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu dekat homepage dia sendiri ada link utk update, kite tekan situ je utk update terus..

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com