Friday, September 08, 2017

Jom Menang Peraduan Pakej Umrah dengan Power Root!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

powerroot, tunaikan hasrat umrah, alif satar,

Hai semua!
Pada 3 September 2017, Ahad lepas Cik Timm berpeluang untuk bertemu Alif Satar sempena kempen #TunaikanHasratUmrah di Mydin Taman Batik, Sungai Petani. Alif Satar juga merupakan duta kepada AliCafe dibawah syarikat #Powerroot

powerroot, mydin sungai petani, tunaikan hasrat umrah

Sebenarnya kempen ini diadakan selama 3 hari dari 1 - 3 September 2017 di Ruang Legar Mydin. Pelbagai barangan Power Root yang dijual seperti AliCafe, AliTea, Pea'l, dan Oligo. Kalau anda penggemar kopi boleh try minum Power Root sebab tester untuk semua produk ada tau. 

power root, tunaikan hasrat umrah, produk power root

tunaikan hasrat umrah, power root

Selain itu, dengan pembelian barangan Power Root bernilai RM10 anda mendapat 1 kupon. 
3 Kupon = Anda boleh join putar & menang & bergambar bersama Alif Satar!
Maksudnya makin banyak anda kumpul kupon, banyak lagi aktiviti menarik yang anda dapat sertai iaitu karaoke bersama Alif Satar, dapat duduk di kerusi VIP hadapan pentas dan sesi beramah mesra bersama VVIP. 

tunaikan hasrat umrah, alif satar, mydin sungai petani

Cik Timm dan rakan-rakan Blogger Utara dapat beramah mesra dengan Alif Satar untuk sesi bersama media. Pertama kali jumpa, beliau memang seorang yang sangat ramah dan sporting. Kami yang malu-malu ni pun rasa selesa. 

Beliau sekarang sibuk dengan pengacaraan Clevel Girl dan nantikan drama terbaru di Astro Ria, iaitu Red Velvet adaptasi novel bersama Neelofa! Penat betul tengok beliau menguruskan diri antara kerjaya dan keluarga. Tetapi masih lagi boleh bagi full komitmen. Bayangkan Cik Timm tengok Alif layan peminat dia sambil menyanyi, sambil layan bergambar dari pukul 2 - 5pm. Langsung tak berhenti, Cik Timm tengok pun penat. Lepas tu rehat dalam 15 minit untuk solat asar sebelum sambung semula sampai sesi bergambar habis. 


Baiklah, mesti tertanya-tanya Peraduan apalah yang Cik Timm sebut dari tadi. Power Root Berhad telah melancarkan peraduan "Tunaikan Hasrat Umrah" dengan membantu 36 orang rakyat Malaysia yang bertuah untuk menunaikan umrah. Program ini telah pun dilancarkan bermula dari 1 Mei sehingga 15 September, tetapi telah DILANJUTKAN sehingga 1 Oktober 2017. Take note ya!



Usaha ini juga adalah projek mereka untuk menyumbang semula kepada masyarakat dan para pelanggan beragama Islam yang tidak mampu menunaikan umrah. 

Anda boleh menyertai peraduan ini melalui dua cara;

peraduan tunaikan hasrat umrah, power root

Cik Timm juga sertai peraduan ini. Gigih menggunting logo pek tu tau. Mana tau kalau ada rezeki kerana hadiahnya adalah Pakej Umrah Premium berjumlah RM20,000 untuk seorang pemenang. Pemenang juga boleh membawa seorang lagi peneman. Pakej yang disediakan juga adalah kerjasama bersama Tabung Haji Travel & Services

peraduan tunaikan hasrat umrah, power root,

Anda juga boleh sertai banyak penyertaan dalam satu borang. Contoh macam di bawah ni ya,

power root, tunaikan hasrat umrah
power root, tunaikan hasrat umrah

Akhir sekali, terima kasih kepada PR Bee yang sudi menjemput kami ke event ni. Dapat kami merasa berjumpa artis Alif Satar. Dan juga tak lupa kepada Blogger Utara yang banyak membantu memberi pendedahan awal cover event macam ni. Cik Timm rasa macam dikelilingi dengan family sendiri kalau dengan depa ni tau. 

power root, tunaikan hasrat umrah

Untuk keterangan lanjut, anda boleh ke sini;

Website: www.powerroot.com.my
Facebook Power Roothttps://www.facebook.com/powerroot
Facebook Alicafehttps://www.facebook.com/alicafe.my/
Facebook Per'lhttps://www.facebook.com/perlmalaysia/


2 comments:

  1. Dulu rajin gak join contest cam ni... Sekarang dah tak rajin sejak barang mulai mahal.. Hehe

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com